Lagi warga tempatan disamun dan kepala dihentak botol arak oleh PTI
09:06 Jun 01, 2019  |  By SabahKini2
Lagi warga tempatan disamun dan kepala dihentak botol arak oleh PTI

Dia telah dipukul menggunakan botol minuman keras oleh kumpulan lelaki itu menyebabkan kepala bapanya mengalami luka koyak dan darah beku

KOTA KNABALU- Sabah dilihat tidak selamat lagi sejak akhir-akhir ini dengan amukan warga Pendatang Tanpa Izin (PT) yang berleluasa melakukan jenayah samun sehingga ke tahap membunuh mangsa.

Sejak semalam tular gambar seorang warga tua lelaki tempatan bernama Motulak Rizungan, 73 dipukul di kepala sehingga berdarah oleh sekumpulan 4 lelaki disyaki warga asing (PTI) di Pekan Inanam dekat sini.

Satu laporan polis dibuat oleh Juning Motulak anak kepada mangsa yang dipukul pada 30 Mei lalu.

Menurut laporan itu Juning berkata bapanya ditahan oleh sekumpulan empat lelaki yang sedang minum beralkohol dan telefon bimbitnya telah disamun.

“Dia telah dipukul menggunakan botol minuman keras oleh kumpulan lelaki itu menyebabkan kepala bapanya mengalami luka koyak dan darah beku”. Katanya.

Dalam satu hantaran facebook oleh Steven Tayan mengesahkan mangsa yang dipukul serta disamun kehilangan telefon bimbit dan rantai emas.

“menurut mangsa mereka itu orang asing sama ada mereka memiliki dokumen atau sebaliknya, kita berharap polis dapat menangkap pelakunya.” katanya

 

 

7 Comments