Blogger Milosuam pemfitnah tegar SPRM ditahan reman Polis 3 hari
20:12 Dec 09, 2017  |  By SabahKini2
Blogger Milosuam pemfitnah tegar SPRM ditahan reman Polis 3 hari

Pemilik blog milosuam ini pernah disiasat dan ditahan PDRM pada tahun 2013 berhubung kenyataan fitnah mereka berhubung pengundian awal dalam PRU ke13 lalu dan juga ketika isu pencerobohan di Lahad Datu. Juga terbaru fitnah kes SPRM Jabatan Air Sabah.

Blogger Yusof Al-Siddique Suratman, yang lebih dikenali sebagai Milosuam, sekali lagi dikenakan tahanan reman selama tiga hari berhubung siasatan terhadap kenyataan saksi SPRM yang bocor.

Peguamnya, Farhanna Roslan, berkata Yusof akan ditahan di balai polis daerah Dang Wangi, di mana dia dibawa selepas ditangkap di rumahnya di Melaka.

Farhanna memberitahu pemberita di luar balai polis Dang Wangi pagi ini bahawa Yusof disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Pemilik blog milosuam ini pernah disiasat dan ditahan PDRM pada tahun 2013 berhubung kenyataan fitnah mereka berhubung pengundian awal dalam PRU ke13 lalu dan juga ketika isu pencerobohan di Lahad Datu. 

Beberapa bulan lalu milosuam memutar belitkan surat jawapan maklum balas janaan komputer tanpa tandatangan bertarikh 29 Disember 2016 berhubung kes rasuah jabatan air di negeri Sabah itu. Surat tanpa tandatangan tidak sah itu digunakan memesongkan fakta sebenar dengan tajuk “SPRM Sahkan Skandal Jabatan Air Sabah sebagai tiada unsur rasuah”.

SPRM melaporkankepada  polis isu tular yang ditulis blog milosuam.

Hari ini sekali lagi dalam kes rasuah Exco Johor dokumen siasatan SPRM dibocorkan oleh blogger Yusof Al-Siddique dalam blog milosuam.

Netizen berpendapat penangkapan blogger milosuam adalah langkah tepat memandangkan ini bukan kali pertama blog milosuam berbuat demikian.

 

 

20 Comments