Tamatkan projek taikun YTL 1BestariNet isu utama Dr Maszlee diarah letak jawatan Menteri KPM
16:01 Jan 02, 2020  |  By SabahKini2
Tamatkan projek taikun YTL 1BestariNet isu utama Dr Maszlee diarah letak jawatan Menteri KPM

Sekalipun banyak isu dikaitkan dengan Dr Maszlee namun isu paling besar ialah menamatkan kontrak 1BestariNet milik Taikun YTL.

Sudah dijangka Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menerima tekanan untuk disingkirkan sebagai Menteri Pendidikan. Isu kasut hitam, nasi lemak, buku teks, kolam renang, jawi, sarapan percuma, pegawai khas rasuah dan lain-lain mungkin sebahagiannya benar namun ada isu lebih besar lagi.

Sumber berkata petang ini jam 4.30 petang Dr Maszlee dilaporkan bakal mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan kata sumber, sekali gus membuka jalan kepada rombakan Kabinet ketika Pakatan Harapan (PH) terus bergelut meraih keyakinan rakyat sejak mengambil alih Putrajaya hampir 2 tahun.

Maszlee sebenarnya dipaksa berundur dari Kabinet kerana “dilihat menimbulkan banyak krisis” kepada pentadbiran Dr Mahathir.

Menurut sumber tekanan Taikun Cina pemilik YTL adalah faktor utama penyingkiran Dr Maszlee yang telah menamatkan kontrak 1Bestarinet. YTL dikatakan sebelum dan selepas ditamatkan kontrak terus mengadu kepada Perdana Menteri tentang sikap Menteri Pendidikan itu.

Portal Sabahkini2 sebelum ini telah mendedahkan projek YTL sebelum ini yang menguntungkan YTL sejak dilaksanakan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal 1Bestarinet: YTL untung ratusan juta bil bulanan tak masuk akal, kerajaan rugi, rakyat derita ]

Projek kontroversi yang dimulakan di zaman Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri Pendidikan ini tidak mudah ditamatkan malah fasa 2 terpaksa disambung oleh Menteri Pendidikan selepas itu Dato’ Seri Mahdzir Khalid sekalipun telah disiasat PAC.

Bagaimanapun hayat 1BestariNet dan YTL ‘terputus nyawa’ apabila Menteri Pendidikan baru YB Dr Maszlee Malik dengan beraninya tidak menyambung khidmat itu walau dengan segala macam rayuan YTL lakukan. Malah  KPM melantik tiga syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP) iaitu Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad dan Maxis Broadband Sdn Bhd mulai 1 Julai 2019.

YTL ‘menyerang’ KPM dan mendakwa KPM melanggar obligasi kontrak serta berlaku tidak adil kepada YTLC apabila mengupah tiga pembekal tanpa tender.

YTL juga mendakwa kementerian telah memohon perkhidmatan internet percuma untuk 10,000 sekolah yang melaksanakan persekitaran pembelajaran maya (VLE) tertakluk kepada tender pada 1 Januari, 2020.

YTLC tamat kontrak 30 Jun 2019, bukan ditamatkan KPM kata KSU KPM

Bagaimanapun Menteri Dr Maszlee mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Mohd Gazali Abas menyerang balas YTL dengan berkata berdasarkan perjanjian, kontrak perkhidmatan YTLC telah tamat pada 30 Jun lepas, dan bukannya ditamatkan KPM.

[ARTIKEL BERKAITAN- YTLC tamat kontrak 30 Jun 2019, bukan ditamatkan KPM kata KSU KPM ]

Katanya YTLC diberi kontrak 1BestariNet Fasa 1 bagi tempoh 13 Dis 2011 hingga 30 Jun 2016, termasuk lanjutan kontrak sebanyak tujuh kali sebelum kontrak fasa kedua yang bermula 1 Julai 2016 hingga 30 Jun lepas. Jadi di mana tidak adilnya?

Bukan itu sahaja KPM tidak menyambung sewaan Menara telekomunikasi kepada YTL atas alasan  kerajaan berpotensi kehilangan pendapatan penyewaan komersial menara telekomunikasi sebanyak RM32,580,000 setahun jika khidmat YTLC diteruskan. 

Tan Sri (Dr) Francis Yeoh  Pengerusi Eksekutif YTL sudah tentu amat tidak berpuas hati mengenai Menteri KPM yang bersikap kejam terhadap YTL yang selama ini telah berbelanja besar dalam projek 1BestariNet. 

Membuang Dr Maszlee adalah satu permintaan taikun-taikun jika mahu para taikun membantu kerajaan PH sekarang. Mereka berbelanja besar membantu kempen PH PRU14 namun hasil tiada dan menyebabkan mereka kerugian besar. Tun Dr Mahathir Perdana Menteri tiada pilihan bagi mengelak mudarat besar maka mengarahkan Dr Maszlee meletak jawatan. 

Bacaan lain- Sabahkini22

264 Comments