Shafie kata 'Sempornarian' hanya rekaan tapi lantik Omar Mammah Presiden MPT
16:09 Sep 24, 2020  |  By SabahKini2
Shafie kata 'Sempornarian' hanya rekaan tapi lantik Omar Mammah Presiden MPT

26 bulan rakyat Sabah tahu Shafie utamakan 'orang Semporna' di pelbagai jabatan. Malah menjadi Pegawai Daerah pun orang Semporna. Belum masuk lantikan Keluarga. Pengakuan Shafie terbukti namun Shafie kata hanya rekaan..

‘Lihat kepada fakta dan bukannya mereka-reka cerita’.

Begitulah marahnya Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal ketika menafikan dakwaan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau hanya melantik orang-orang Semporna dalam jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Mohd Shafie berkata, jawatan Setiausaha Tetap di tujuh kementerian adalah orang berbangsa dusun dan bukannya orang Semporna.

“Jadi kena lihat kepada fakta dan bukan reka-reka cerita. Lihat siapa pesuruhjaya polis Sabah sekarang? Siapa Setiausaha Kerajaan Negeri, siapa pengarah perjawatan

“Lihatlah fakta itu dan bukannya sekadar reka cerita dengan mengatakan hanya orang Semporna sahaja yang dilantik dan monopoli jawatan. Ini tidak benar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi dialog bersama anak muda dari Sabah Unity Movement, di Tanjung Lipat, hari ini.

Persoalannya betul kah direka-reka? 

Dalam satu video berdurasi 2 minit 16 saat yang dikongsikan Najib daripada portal Sabahkini2 jelas terdedah satu rakaman video Shafie berucap dalam bahasa Bajau Suluk mengaku memberi jawatan kepada bangsa ‘Sempornarian’ dan keluarganya.

[VIDEO] Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, 'orang semporna' dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa? ]

Najib menyindir ‘Unity’ yang diperjuangkan. Adakah itu ‘Sabah for Sabahan’ atau ‘Sabah for Shafie’. Setakat ini video dalam hantaran facebook Najib itu sudah dilihat lebih 220 ribu, 11 ribu tanda suka dan lebih 1800 perkongsian netizen. 

 

Tularnya ucapan pengakuan Shafie Apdal ini pasti akan memberi kesan kepada pengundi orang asal Sabah, Kadazan Dusun dan lain-lain lagi. 26 bulan Shafie dan Warisan memerintah isu Shafie lebih kepada 'Sempornarian' sudah dibincang lama. 

Ada netizen menyindir jika kepada pejabat Ketua Menteri PPNS orang akan berkata PPNS dah seperti 'Semporna'. 

Baru saja video Shafie menyebut dengan kuasanya melantik Omar Mammah bekas Pesuruhjaya Polis Sabah sebagai Presiden Majlis Perbandaran Tawau hari ini sudah tular gambar pelantikan Omar Mammah. Netizen mengecam sudah tiada orang Tawau layak ke sehingga terpaksa lantik orang Semporna.

Malah sudah ada netizen Tawau menentangnya. Bolehkah Ketua Menteri Sementara melantik Presiden MPT?

5 Comments