Tiba masa Hajiji, Bung bongkar Projek RM1.5B JKR dicuri Peter, Shafie!
22:09 Sep 29, 2020  |  By SabahKini2
Tiba masa Hajiji, Bung bongkar Projek RM1.5B JKR dicuri Peter, Shafie!

Sabahkini2 dah dedah, SPRM dah panggil, Najib dah persoalkan tapi Peter masih bebas. Kerajaan telah bertukar maka fokus bongkar warisan, Shafie dan Peter.

Pilihanraya Negeri Sabah sudah berakhir. Shafie Apdal dan Warisan berjaya ditumbangkan. Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Mohd Noor pun sudah dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu. Datuk Seri Bung Moktar daripada BN juga telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah kementerian penting di Sabah. 

Manakala portfolio Kementerian Kewangan kekal berada di tangan Ketua Menteri Sabah selain tambahan baru Menteri Kewangan II yang disandang oleh Datuk Seri Panglima Hj Masidi Manjun. 

Daripada meneruskan polemik perebutan jawatan adalah lebih baik Kerajaan GRS perlu meneruskan khidmat kepada rakyat dalam masa sama membongkar salah laku serta penyelewengan Kerajaan Warisan Plus khususnya apa yang didedahkan awal sebelum ini iaitu Projek Rundingan Terus JKR RM1.5 bilion. Rakyat perlu tahu apa status kes ini. Perkara pertama Menteri masuk dalam pejabat ialah melakukan pembongkaran bagi 'divert' isu yang melanda dalam GRS.

Halakan semula peluru kepada Warisan

Memandangkan Datuk Seri Panglima Hajiji, Datuk Seri Masidi Manjun dalam kementerian kewangan dan Bung Moktar Menteri Pembangunan Infrastruktur sudah tentu kombinasi mereka membuka kes ini boleh lebih cepat lagi. 

Pada 9 Jun 2020 media melaporkan  Naib Presiden Warisan Peter Anthony  (Menteri Pembangunan Infrastruktur) dipanggil hadir ke ibu pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu bagi soal siasat kes RISDA dan  kontrak penyelenggaraan jalan bernilai RM1.5 bilion yang diberikan secara rundingan terus kepada lima syarikat. Peter sendiri mengaku ia kelulusan Menteri Kewangan Sabah. 

Pendedahan Sabahkini2 bermula 14 Februari 2020 mendapat respon marah daripada Datuk Peter Anthony dan mengugut menyaman  portal Sabahkini2. Bagaimanapun Peter terhenti apabila satu demi satu dokumen projek RM1.5b itu didedahkan termasuk penglibatan syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd milik kroni Peter yang terllibat dengan kes rasuah RISDA yang sedang dibicarakan sekarang.

 



Safineh Doto Penama Syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd dalam Kes RISDA. Syarikat Budiman Juta
adalah syarikat parking wang haram sebelum dipindahkan ke syarikat Peter - Asli Engineering Sdn Bhd


Sabahkini2 turut mendedahkan menjelas PRN Sabah didapati projek Rundingan Terus RM1.5B belum dilaksana tetapi pembayaran telah dibuat kepada 5 syarikat kroni.

Najib Tun Razak dalam facebooknya turut mempersoalkan projek rundingan terus kepada syarikat kroni Peter yang rugi selain menerima bayaran lebih awal

[ARTIKEL BERKAITAN- Hipokrasi 4: Najib persoal lagi projek RM1.5b belum laksana Warisan Plus sudah bayar jutaan ringgit ]

Persoalannya peruntukan mana digunakan oleh Shafie dan Peter Anthony projek selenggara jalan RM1.5bilion ini? Jika ia daripada tabung selenggara peruntukan Persekutuan sudah pasti MOF wajar mendedahkannya mengapa Warisan membelanjakan wang rakyat. Berapakah wang yang telah dibayar kepada 5 syarikat itu demi wang pilihanraya?

 

31 Comments