Anwar kata ada 120 MP tapi Istana Negara beritahu Anwar tidak kemuka senarai MP
18:10 Oct 13, 2020  |  By SabahKini2
Anwar kata ada 120 MP tapi Istana Negara beritahu Anwar tidak kemuka senarai MP

Bagaimanapun Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menafikan kenyataan Anwar dan berkata Anwar hanya mengemukakan jumlah ahli Parlimen dan tiada sebarang nama bagi mengukuhkan dakwaan beliau sebelum ini.

Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai sokongan lebih daripada 120 Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu menggantikan Perikatan Nasional.

Dalam sidang media khas hari ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah menyampaikan bukti berupa surat akuan sumpah dan pengesahan ketua parti berkaitan kepada Yang di-Pertuan Agong awal hari ini.

Anwar berkata, beliau dimaklumkan bahawa Baginda (Yang di-Pertuan Agong) memerlukan masa untuk mengesahkan keabsahan dokumen berkenaan, termasuk mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti politik.

“Saya pohon semua pihak beri ruang kepada Agong menjalankan tanggungjawab mengikut lunas perlembagaan, dan juga budi bicara Tuanku untuk menelaah dokumen dan dalam satu dua hari ini, panggil ketua parti untuk mengesahkan dan juga mendapat input sebaiknya,” katanya lagi.

Istana nafi Anwar cukup nombor

Bagaimanapun Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menafikan kenyataan Anwar dan berkata Anwar hanya mengemukakan jumlah ahli Parlimen dan tiada sebarang nama bagi mengukuhkan dakwaan beliau sebelum ini.


Jelas Anwar menipu rakyat

“Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan jumlah Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

“Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.

Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bimbang COVID-19 meningkat

Dalam perkembangan lain, Ahmad Fadil memaklumkan Seri Paduka Baginda menzahirkan kegusaran dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia yang turut menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri.

Baginda turut menasihati seluruh rakyat supaya bertenang serta berdisiplin menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi ketetapan tatacara kebiasaan baharu dan prosedur operasi standard (SOP).

“Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan dan mengajak seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik bersatu padu dan bersatu hati memerangi penularan COVID19 demi keselamatan bersama serta kesejahteraan negara.

“Adalah dimaklumkan juga, lanjutan kepada pelaksanaan PKPB dan atas titah perkenan Al-Sultan Abdullah, Istana Negara telah melaksanakan sekatan pergerakan separa yang telah berkuatkuasa sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya.

 

 

17 Comments