PRK Batu Sapi: 'Biar Berani Mati' tiada menang percuma untuk Warisan!
22:10 Oct 14, 2020  |  By SabahKini2
PRK Batu Sapi: 'Biar Berani Mati' tiada menang percuma untuk Warisan!

Pengundian bagi kerusi Parlimen Batu Sapi ditetapkan pada 5 Disember. Walaubagaimana pun tiada yang percuma buat Warisan untuk menang tanpa bertanding di Batu Sapi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini telah menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Batu Sapi pada 5 Disember.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan urusan PRK Batu Sapi dalam sidang medianya berkata  hari penamaan calon ditetapkan pada 23 November manakala hari pengundian awal pada 1 Disember.

PRK Batu Sapi perlu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Kong pada 2 Oktober lalu, dipercayai akibat jangkitan paru-paru.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Liew yang mewakili Parti Warisan Sabah berjaya memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti 4,619 undi dalam pertandingan empat penjuru.

PRK Batu Sapi adalah PRK ke-13 selepas PRU-14 pada 9 Mei 2018.

Selain 12 PRK sebelum ini, turut diadakan selepas PRU-14 ialah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada bulan lalu.

Sebelum ini, Abdul Ghani dilaporkan berkata, PRK Batu Sapi perlu dijalankan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan hanya boleh ditangguhkan sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat di kawasan itu.

Peningkatan kes Covid-19 Sabah

Sejak selepas PRN Sabah peningkatan kes Covid-19 di Sabah mencanak tinggi mencecah hampir 500 sehari. Kluster demi kluster direkodkan. Hingga kini Sabah kekal mencatatkan kes tertinggi.

Netizen sebelum ini mengecam Shafie Apdallah punca pembubaran DUN sedangkan beliau telah kehilangan majoriti sebelum ini. ‘Kerana sanggup berani mati’ Shafie membubarkan DUN. Bagaimanapun rakyat Sabah menolak Kerajaan Warisan Plus apabila tewas dalam PRN itu.

Sekalipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah berkuat kuasa 12 Oktober sehingga 26 Oktober ini namun ia bukan alasan PRK tidak boleh diadakan

Jangan beri Warisan menang percuma

Sekalipun para penganalisis melihat parti BN, PCS dan lain-lain lagi mengumumkan tidak bertanding namun sesuatu perlu dilakukan agar Warisan tidak boleh menang percuma di Kerusi 60 peratus bumiputera Islam itu.

Apa cara sekalipun SOP dibuat menghadapi Covid-19 yang penting ‘asalkan bukan Warisan Menang Percuma’ di Batu Sapi.

Sama ada PBS bekas pemilik kerusi itu, mungkin PN atau calon BEBAS perlu bertanding di kawasan itu. Sekalipun terdapat desas-desus isteri mendiang VK Liew bakal bertanding disitu tidak bermakna Warisan boleh menang mudah.

Shafie Apdal sebelum ini mengulangi jentera Warisan akan bersiap sedia menghadapi pilihanraya Batu Sapi. Pemimpin Warisan tidak perlu berharap untuk menang percuma memandangkan 1 kerusi ini penting menambahkan bilangan kerusi dalam Parlimen. 

13 Comments