Ujian kedua Adun Warisan Jaujan, Manis Muka Positif Covid-19?
07:10 Oct 16, 2020  |  By SabahKini2
Ujian kedua Adun Warisan Jaujan, Manis Muka Positif Covid-19?

Adun Warisan Kunak Norazlinah Arif disahkan positif ujian kedua COVID-19. Anak Datuk Jaujan disahkan positif kini dirawat. Apakah ujian kedua Jaujan dan Manis Muka positif? Keduanya ditahan di QEH Kota Kinabalu

KUALA LUMPUR: Mungkinkah ujian kedua Datuk Jaujan Sambakong dan Manis Muka Dara positif? Semalam dilaporkan ujian kedua Adun Warisan Kunak Norazlinah Arif disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan di QEH Kota Kinabalu

[ARTIKEL BERKAITAN- Kini ADUN Warisan Kunak positif Covid-19 ]

Kini ADUN Warisan Kunak positif Covid-19Norazlinah Arif disahkan Positif Covid-19 selepas saringan kedua

11 Oktober lalu Datuk Jaujan yang dikuarantin di Hospital Queen Elizabeth (QEH), Kota Kinabalu mengesahkan salah seorang anaknya dilaporkan positif COVID-19.

"Salah seorang daripada keluarga saya iaitu anak saya positif COVID-19. Oleh itu saya, isteri dan dua lagi anak sudah menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan RT-PCR serta keputusannya negatif.

"Hanya anak saya seorang sahaja yang positif. Namun, tidak mahu mengambil mudah perkara ini, saya dan keluarga sedang menjalani kuarantin di QEH," katanya

Jaujan yang juga merupakan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) mengesahkan ujian pertama saringan beliau adalah negatif tetapi sedang menjalani kuarantin dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Pada majlis mengangkat sumpah ADUN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah 9 Oktober lalu Jaujan dan ADUN Bugaya, Manis Muka Mohd Dara dilaporkan tidak hadir.

Bagaimanapun terdapat desas-desus dari keluarga Jaujan kemungkinan kini beliau positif Covid-19 berdasarkan situasi Adun Warisan Kunak yang kini positif selepas saringan kedua.

Adun Bugaya Manis Muka sesak nafas

Sementara itu, suami kepada Manis Muka, Datuk Sabardin Ombrah sebelum ini turut mengesahkan isterinya berada di QEH untuk menjalani kuarantin.

Manis Muka dimasukkan ke hospital itu akibat sesak nafas pada 9 Oktober lalu dan keputusan sama ada positif COVID-19 setakat hingga kini masih dirahsiakan

"Kami sekeluarga termasuk Manis Muka ada membuat saringan ujian COVID-19 sebanyak dua kali dan kesemuanya negatif. Bagaimanapun pada saringan ujian yang ketiga, Manis Muka tidak ikut kerana dikejarkan ke QEH ekoran sesak nafas.

ADUN DAP Positif Covid-19 selepas balik dari Sabah

7 Oktober lalu Adun DAP Kampung Tunku, Lim Yi Wei dan wartawan BH Positif yang membuat liputan media di rumah Shafie Apdal turut disahkan Covid-19. Bagaimanapun Shafie Apdal dilihat masih bebas tanpa kuarantin dan hadir majlis angkat sumpah ADUN. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Adun DAP, wartawan BH Positif Covid-19, bayi meninggal, Shafie masih bebas tanpa kuarantin bahayakan nyawa rakyat ]

 

1 Comment