Terbongkar ‘Kekasih’ Peter Anthony Gred 48 penentu projek kroni, pelantikan pegawai di Kementerian Kerja Raya Sabah
10:10 Oct 18, 2020  |  By SabahKini2
Terbongkar ‘Kekasih’ Peter Anthony Gred 48 penentu projek kroni, pelantikan pegawai di Kementerian Kerja Raya Sabah

Rupanya selama ini 'skandal' Peter Warisan dulu hanya Gred DG44 dipinjamkan ke Kementerian Kerja Raya Sabah dinaik Gred 48 oleh Peter. Kekasihnya berkuasa menentu projek dan pegawai kementerian. Malah SUT Kementerian takut kepadanya!

Sekalipun Pilihanraya Negeri Sabah sudah berakhir, Shafie dan Warisan berjaya ditumbangkan namun perang sebenar iaitu ‘Perang Covid-19’ sudah bermula kesan pembubaran DUN dan PRN.

Kesannya rakyat dijangkiti dan kes mencanak naik. Paling mengejutkan ialah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri Sabah turut disahkan positif Covid-19. Itulah harga perlu dibayar kesan PRN.

Di Daerah Semporna di kawasan Shafie Apdal misalnya mencatatkan kes kumulatif Covid-19 tertinggi di Sabah dengan lebih 1000 kes atau lebih 50 kes sehari.

Sekalipun Kabinet negeri sudah lengkap dibentuk namun krisis Covid-19 sedikit sebanyak melambatkan pentadbiran kerajaan negeri. RM50 juta diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk bantuan Covid-19 di kawasan PKPD di Sabah.

Walaupun apa berlaku ketiadaan Ketua Menteri DSP Hajiji berada di Hospital rawatan Covid-19 tidak menghalang pentadbiran Kerajaan Negeri. Bung Moktar sebagai Timbalan Ketua Menteri boleh memainkan peranan selaku pemangku, Masidi Manjun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan selalu Menteri Kewangan II menjadi penyelaras atau juru cakap Jawatankuasa Bencana Covid-19 Negeri Sabah. 

Sekalipun segala SOP dan juga bantuan bakul makanan diberi kepada rakyat yang terjejas Kerajaan GRS jangan hilang fokus untuk terus menyelongkar salahlaku Shafie Apdal dan Kerajaan Warisan Plus ketika mentadbir Sabah 26 bulan yang lalu. Jangan ikut perbalahan di Semenanjung. Sabah punya autonomi sendiri. 

Rombakan pentadbiran dan buka skandal berbilion ringgit Warisan

Sabahkini2 sudah melaporkan skandal JKR Sabah RM 1.5 bilion sejak Februari 2020. Kini selepas kerajaan GRS sebagai pemerintah eloklah dibongkar semula. Sekalipun PKPB dilakukan seluruh Sabah adalah wajar status kes tersebut didedahkan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tiba masa Hajiji, Bung bongkar Projek RM1.5B JKR dicuri Peter, Shafie! ]

Kerajaan sepatutnya cepat merombak pentadbiran Sabah yang masih setia dan melapor di belakang tabir kepada Shafie Apdal dan Kerajaan Warisan seperti menukar Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong yang sebelum ini telah disiasat SPRM mengenai isu tanah dan kekayaan luar biasanya.

Begitu juga Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian, Pengerusi agensi dan Ketua-ketua Jabatan yang dilantik Shafie Apdal dan Warisan. Ini termasuk keluarga 'Sempornarian' Shafie Apdal yang video pengakuannya terdedah dalam PRN Sabah-baru ini.


Pengakuan Shafie Apdal termasuk pelantikan SUT KKR keluarganya Jasmin Julpin

BACA ARTIKEL [VIDEO] Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, 'orang semporna' dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa? ]

Rombakan di Kementerian Kerja Raya Sabah

26 Bulan Datuk Peter Anthony mengemudi Kementerian Pembangunan Infrastruktur bermacam-macam dilakukan oleh Datuk Peter Anthony orang kanan kepercayaan Shafie Apdal itu dalam mengumpul wang dan memerah dana syarikat kroni. Paling ketara projek rundingan terus RM1.5b kerana terdapat dakwaan bayaran kontraktor juga telah diterima walaupun kerja-kerja selenggaraan tidak dibuat.

Peter membawa kekasihnya Azilianah Kaying seorang guru Gred DG44 dipinjamkan ke kementerian sebagai Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) dinaikan Gred NA.48. Siapa Azilianah Kaying? selain kekasih gelap beliau bekas Setiausaha Agung Persatuan KDM Sabah bersama peguam kontroversi yang melarikan diri mencuri duit RISDA Michael P.Ubu. Kerana itu Azilianah menjadi orang kepercayaannya di Kementerian Pembangunan Infrasruktur. 

Azilianah sebelum ini orang kepercayaan dalam NGO KDM. Ke mana Peter di situ Aziliana ada.

Bayangkan pegawai KPSU Gred N48 sepatutnya dari kementerian yang layak duduk disitu tertangguh gara-gara kekasih kesayangan Peter Anthony ini. Apa tugasnya di Kementerian Kerja Raya Sabah? Azilianah Kaying bekerja terus bagi menjaga kepentingan Datuk Peter Anthony, projek dan perjawatan di kementerian. Pegawai yang dia tak suka akan dipindahkan mengikut kehendaknya. SUT Jasmin Julpin pun dilaporkan takut dengan Azilianah Kaying ini. Malah selepas Datuk Peter Anthony tidak lagi menjadi Menteri beliau tetap menunjukkan kuasanya mahu memindahkan sesiapa yang dia tak suka dengan bersekongkol dengan SUT Jasmin Julpin.

 Projek rundingan terus, pindahkan pegawai itulah yang dilakukan Azilianah GF Peter
bersama Jasmin Juplin saudara Shafie orang Semporna ini. Menganggu projek Peter mereka ditukar.

Di Kementerian Pembangunan Infrastruktur juga Peter dan Azilianah membawa Pengarah JKR Sabah yang baharu Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil  untuk mengawal projek JKR. Lantaran itu mudah Datuk Peter dan Pengarah JKR itu bersekongkol projek rundingan terus tanpa tender itu dilaksanakan yang akhirnya kantoi. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender ]

Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender



Tiada siapa boleh menafikan Datuk Peter dan Shafie melantik Amarjit Singh sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah bagi melaksanakan projek kroni Empangan Papar lebih RM3 bilion. Projek yang ditentang pemimpin Warisan habis-habisan kini dijulang sebagai projek utama Kerajaan Warisan. Tidak sedikit projek itu dibantah oleh penduduk kampung. Semuanya kerana komisen jutaan ringgit dari syarikat pembuat terowong dasar laut berasal dari Pulau Pinang itu. Sehingga PRN Sabah Shafie dan Peter mempertahankan projek itu. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar ]

Amarjit yang kontroversi akhirnya dipindahkan ke MOF sebagai Penasihat Teknikal di Kementerian Kewangan Sabah secara kontrak Gred Utama C Gred VU7 dilantik lagi di UPEN malah diberi jawatan Ketua Pengawai Operasi Syarikat Jetama Sdn Bhd anak syarikat Sabah Development Berhad milik kerajaan negeri Sabah. Semua ini kantoi selepas terdedahnya surat pampasan RM132,000.00 ekoran penamatannya sebagai COO. 

[ARTIKEL BERKAITAN-Amarjit ditamat kontrak COO Jetama Sdn Bhd dibayar pampasan RM132 ribu ]

Amarjit ditamat kontrak COO Jetama Sdn Bhd dibayar pampasan RM132 ribu

Bagi mengukuhkan legasi Datuk Peter Anthony dengan nasihat kekasihnya Aziliana itu melantik pula Ir Edward Lingkapo sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah yang baru. Bagaimanapun pelantikan itu tak lama selepas mencetuskan kontroversi baharu apabila Ir Edward bekas Timbalan Pengarah JKR Sabah itu direman SPRM pada bulan julai 2020 kerana terlibat rasuah projek infrastruktur Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM tahan Pengarah Jabatan Air 'Orang Kanan Peter' kes projek infrastruktur RM1.5B? ]

SPRM tahan Pengarah Jabatan Air 'Orang Kanan Peter' kes projek infrastruktur RM1.5B?

Begitu besar pengaruh Azilianah Kaying ini terhadap Datuk Peter Anthony. Kontrak beliau akan tamat november ini. Beliau sedang berusaha menggunakan SUT untuk menyambung kontraknya. Jika Azilianah ini dibiarkan dan tidak dikembalikan kepada jawatan hakiki Kementerian Pendidikan Malaysia Gred DG44 ia akan merosakkan Kementerian Kerja Raya Sabah diketuai Datuk Seri Bung Moktar ini. Tidak mustahil banyak lagi dokumen rahsia akan dibocorkan kepada Peter dan Warisan. 

SPRM atau LHDN juga boleh menyiasat pendapatan Azilianah Kaying dan gaya hidup mewahnya. 

Datuk Bung mempunyai cabaran untuk membersihkan Kementeriannya dari anasir Warisan yang tidak profesional. Belum termasuk di jabatan lain di Kementerian Kerja Raya seperti Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Jabatan Keretapi Negeri Sabah dan Jabatan Pelabuhan & Dermaga Sabah.

Di kala pandemik Covid-19 melanda inilah sesuai untuk merombak kementerian. Buang Azilianah kembalikan dia ke Kementerian Pendidikan dan SUT Jasmin Julpin ke kementerian lain. Masih ramai yang layak di luar sana menunggu.

 

28 Comments