869 Kes Baharu Positif Covid-19, Sabah 451 kes kekal catat kes harian tertinggi
13:10 Oct 17, 2020  |  By SabahKini2
869 Kes Baharu Positif Covid-19, Sabah 451 kes kekal catat kes harian tertinggi

Daripada 869 kes baharu dilaporkan, kesemuanya merupakan penularan tempatan dengan 745 warganegara dan 124 bukan warganegara. Kes tertinggi kekal di Sabah dengan 451 kes

Sebanyak 869 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 19,627 kes setakat Sabtu (17 Oktober 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 6,866 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada 869 kes baharu dilaporkan, kesemuanya merupakan penularan tempatan dengan 745 warganegara dan 124 bukan warganegara.

Pesakit yang sembuh juga telah meningkat sebanyak 302 orang pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang sembuh adalah seramai 12,561 atau 64% peratus daripada jumlah kes.

Manakala jumlah kematian meningkat kepada 4 orang menjadikan jumlah kematian sebanyak 180 orang.

 Negeri Sabah kekal mencatatkan kes Covid-19 harian tertinggi. Daerah Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna kekal tertinggi di Sabah.



Bagaimanapun 90% kes semua dari kawasan PKPD, PKPB dan penjara. 

PECAHAN KES BAHARU (869) SEPERTI BERIKUT;

SABAH-451
234 saringan kontak rapat
54 dari kluster-kluster sedia ada
2 kluster Teduh (baharu)
161 lain-lain saringan

P.PINANG-189
186 dari kluster-kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat

SELANGOR-159
89 dari kluster-kluster sedia ada
23 kluster Keladi (baharu)
23 saringan kontak rapat
8 kluster Menara (baharu)
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
14 lain-lain saringan

KEDAH-38
37 kluster Tembok
1 kluster Bah Lunas

KL-15
7 saringan kontak rapat
4 kluster Sentral (baharu)
3 kluster Menara (baharu)
1 saringan bergejala

SARAWAK-4
4 kluster Bah Arnab

PERAK-4
2 dari kluster-kluster sedia ada
1 kluster Menara (baharu)
1 saringan Depoh Tahanan Imigresen

TERENGGANU-3
3 kluster Bah Bemban

JOHOR-2
1 kluster Buntar
1 saringan kontak rapat

PUTRAJAYA-2
1 kluster Menara (baharu)
1 kluster Buntar

N.SEMBILAN-1
1 saringan kontak rapat

MELAKA-1
1 saringan kontak rapat

 

1 Comment