Kerajaan Sabah agih lebih 170,000 bakul makanan setakat ini - Shahelmey
22:11 Nov 16, 2020  |  By SabahKini2
Kerajaan Sabah agih lebih 170,000 bakul makanan setakat ini - Shahelmey

Beliau berkata kementeriannya sedang giat mengagihkan bakul makanan terbabit di daerah terbabit termasuk Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan dan Kota Belud.

KOTA KINABALU- Kerajaan Sabah telah mengagihkan sebanyak 173,658 bakul makanan kepada golongan memerlukan di 27 daerah setakat ini, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmey Yahya.

Beliau berkata kementeriannya sedang giat mengagihkan bakul makanan terbabit di daerah terbabit termasuk Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan dan Kota Belud.

“Pengagihan itu turut dilakukan di daerah lain iaitu Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Untuk hari ini, Shahelmey berkata, sebanyak 4,313 bakul makanan diagihkan di 14 daerah.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,499 bakul makanan diagihkan di Keningau, diikuti Sandakan (691), Pitas (667), Kota Belud (368), Tuaran (329), Kalabakan (250), Tongod (192), Ranau (142) Tenom (72), Nabawan (26), Beluran (26), Kota Marudu (21), Putatan (15) dan Kunak (15), katanya.

-- BERNAMA

Dashboard Agihan Bantuan Bakul Makanan Klik

6 Comments