Kes COVID-19 Sabah menurun bukti strategi KKM berkesan
23:11 Nov 16, 2020  |  By SabahKini2
Kes COVID-19 Sabah menurun bukti strategi KKM berkesan

Hari ini, kes baharu Covid-19 di Sabah mula menunjukkan penurunan dengan 288 kes positif, daripada keseluruhan 1,103 kes baharu di seluruh negara

KOTA KINABALU: Penurunan kes baharu di Sabah menunjukkan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan yang telah dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hari ini, kes baharu Covid-19 di Sabah mula menunjukkan penurunan dengan 288 kes positif, daripada keseluruhan 1,103 kes baharu di seluruh negara.

Kes baharu di Sabah mencatatkan penurunan untuk hari keempat berturut-turut.

Laporan Penuh

Secara keseluruhannya, sehingga 16 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,103 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 48,520 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,601 kes.

Untuk makluman, negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 544 kes positif (49.3 peratus) pada hari ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 484 kes (89.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster. Kluster yang melaporkan kes yang tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 385 kes.

Negeri Sabah pula mencatatkan sebanyak 288 kes (26.1 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Penurunan kes positif COVID-19 di Sabah menunjukkan keberkesanan tindakan kawalan dan pencegahan penyakit yang telah dijalankan secara agresif sejak berlaku peningkatan kes di sana. Negeri Perak pula mencatatkan 116 kes (10.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini iaitu peningkatan sebanyak 5.5 kali ganda daripada 21 kes positif semalam. Kebanyakan kes positif di Perak adalah daripada Kluster Tembok iaitu sebanyak 111 kes.

Sebanyak 139 kes (12.6 peratus) yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan kluster-kluster di penjara. Ini melibatkan Kluster Tembok (111 kes), Kluster Matambai (15 kes), Kluster Penjara Sandakan (4 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes), Kluster Penjara Kepayan (2 kes), Kluster Rumah Merah (2 kes), dan Kluster Benteng LD (1 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 1,103 kes baharu pada hari ini, negeri Selangor melaporkan satu (1) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes tersebut melibatkan seorang warganegara yang tiba dari negara Arab Saudi.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:   

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 392 kes
    • 385 kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 288 kes
    • 55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Matambai;
    • 158 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

  • Selangor: 150 kes
    • 99 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 116 kes
    • 113 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 90 kes
    • 84 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 26 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: 10 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lapan (8) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: Lapan (8) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • KelantanTujuh (7) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu: Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Sarawak: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 102 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 39 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 313 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
310 46590 Sabah Lelaki (WN) 46 Hospital Queen Elizabeth
311 25297 Sabah Lelaki (WN) 54 Hospital Tawau Penyakit darah tinggi
312 40556 Sabah Perempuan (WN) 73 Hospital Queen Elizabeth Penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit, aritmia jantung, penyakit obstruktif paru-paru kronik (COAD), dan penyakit Alzheimer’s
313 38793 Sabah Perempuan (BWN) 51 Hospital Tawau Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

 

Comment