Kantoi lagi Peter Luluskan kontrak 5 tahun Projek JKR kos 40 kali ganda lebih tinggi untuk kroni
00:11 Nov 18, 2020  |  By SabahKini2
Kantoi lagi Peter Luluskan kontrak 5 tahun Projek JKR kos 40 kali ganda lebih tinggi untuk kroni

Bijak tak Peter Anthony menyusun kroninya di JKR. Bukan sahaja kroni sapu projek selenggara RM325 juta hingga RM500 juta, projek selenggara jalan daerah kos RM18k-25k PerKM sempat 'Mark Up' lebih 40 kali lebih tinggi untuk kroni..

14 Februari 2020 Sabahkini2 membongkar skandal rasuah Datuk Peter Anthony dan Bekas Pengarah JKR Sabah Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil bernilai lebih RM1.5 bilion diberikan kepada 5 syarikat tanpa tender. Skandal ini terus kekal misteri hingga sekarang sekalipun masih dalam siasatan SPRM. 

Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender
KEKAL MISTERI: Sekalipun Datuk Peter Anthony dan Bekas Pengarah JKR Sabah Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil
tiada dalam JKR tetapi legasi mereka masih ada hingga kini. Budak-budak mereka belum dapat dibersihkan sepenuhnya

EMPAT siri pendedahan Sabahkini2 skandal projek JKR RM1.5 bilion menunjukkan 5 syarikat dilantik secara lantikan terus. Bagaimanapun 4 syarikat kroni itu lebih kontroversi kerana mendapat projek bernilai RM325 juta sehingga RM500 juta. 4 siri itu ialah;

  1. 14 Februari: Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender

  2. 19 Februari: Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak

  3. 22 Februari: Kantoi 'LOA' AK Kontraktor, AK Setiabina RM725 juta terdedah, Pengarah JKR Ugut Pegawai?

  4. 4 Mac: Skandal JKR RM1.5B: Peter Anthony beri projek syarikat kroni, mana SPRM?


Sumber dalaman JKR mendedahkan projek Rundingan Terus RM1.5B belum dilaksana namun pembayaran telah dibuat kepada 5 syarikat di atas. Ini ada kaitan dengan PRN Sabah dan wang pembayaran kepada syarikat merupakan dana Pilihanraya Peter dan Parti Warisan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar dan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun Menteri Kewangan II wajar menyiasat semula kes ini.

Lagi Skandal Peter dan JKR -  Selenggaraan Jalan


Rupanya bukan setakat Penyelenggaraan Jalanraya-jalanraya Majlis Bandaraya, Perbandaran dan daerah bernilai RM325 juta hingga RM500 juta saja kroni Datuk Peter Anthony sapu tetapi projek selenggara jalan daerah kos RM18,000 hingga 25,000 perKM atau projek RM1.1 juta setahun pun mereka rompak dengan 'mark up' sehingga 40 kali ganda lebih tinggi. 
 
Bukti depan mata Projek Selenggara Jalan Dumpiring Kebidahan dan Jalan-jalan berkaitan seperti di atas. Kos tahun 2019 ketika diluluskan oleh Peter dan Pengarah JKR sekitar RM 800 ribu setahun. Namun kosnya naik mendadak RM2.2 juta hingga RM2.4 juta setahun bermula tahun 2020. Projek ini kontrak 5 tahun dan konsesinya kroni Peter ditandatangani lebih awal sebelum Kerajaan Warisan tumbang. Siapa syarikat itu akan diketahui selepas ini. 

Semakan menunjukkan Projek Selenggara Jalan Dumpiring Kebidahan dan jalan berhampiran (Dumpiring-Kebidahan, Rosok-Rantai, Sayap, Lampios, Penampatan Baru, Gandukut-Tindakon) sudah pasti kontraktornya kroni ada kaitan dengan Datuk Ewon Benedick dan Peter Anthony. Tiada yang percuma di zaman Warisan UPKO. Bukan satu tetapi banyak zon seperti zon 2 merangkumi Jalan Podo- Taginambur. Secara terang-terangan Ewon mengaku kontraktor  telah dimuktamadkan. 
 
 

Pengakuan Datuk Ewon Benedick Menteri Pembangunan Luar Bandar yang berurusan 
dengan Datuk Peter Anthony dan Pengarah JKR Sabah

Persoalannya Benarkah kos anggarannya sehingga RM2.4 juta setahun? Jika ini 'markup' yang gila mengapa kerajaan baharu tidak membatalkannya atau membincangkan semula kos itu? Apakah Kerajaan GRS sekarang wajar menanggung kontrak yang dimeterai oleh kerajaan lama dengan kos tinggi?

Mengapa membiarkan ia berterusan diberi kepada kontraktor kroni Peter Anthony dan Datuk Ewon bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah itu? Apakah pegawai JKR yang mengendalikan projek selenggara ini tidak memaklumkan hal sebenar kepada Pengarah JKR yang baharu atau kepada Menteri Kerja Raya sebelum menjadi kecoh dalam perbahasan sidang DUN Sabah.

Sekali lagi kita menyeru Menteri Kerja Raya Datuk Bung, Menteri Kewangan II Datuk Seri Masidi Manjun dan Pengarah JKR baharu meneliti semua projek kroni Warisan seumpamanya seperti di atas. Dari mana Kerajaan Sabah mendapatkan dana tambahan membayar projek ini? Jika diteruskan bermakna Kerajaan GRS bersetuju kontraktor Peter mencuri dana rakyat!

Kita lihat apa akan berlaku esok!

17 Comments