Projek Selenggara jalan kos 40 kali lebih tinggi kroni Peter Anthony, Ewon bekas Menteri, Mana SPRM?
15:11 Nov 19, 2020  |  By SabahKini2
Projek Selenggara jalan kos 40 kali lebih tinggi kroni Peter Anthony,  Ewon bekas Menteri, Mana  SPRM?

Rupanya taktik Menteri Warisan Peter dan UPKO ialah beri projek kepada kroni dan naikkan harga kos sehingga lebih 40 kali ganda. Tandatangan kontrak 5 tahun. Tukar kerajaan pun nak buang susah..

Selepas terdedahnya projek selenggara jalan JKR  5 tahun Projek Selenggara Jalan Dumpiring Kebidahan dan Jalan-jalan berhampiran kepada syarikat Kroni Peter Anthony dengan ‘mark up’ 40 kali ganda dari kos ditetapkan JKR timbul kemusykilan tentang projek selenggara jalan yang lain.

[ARTIKEL BERKAITAN - Kantoi lagi Peter Luluskan kontrak 5 tahun Projek JKR kos 40 kali ganda lebih tinggi untuk kroni ]

Kos projek RM800 ribu ke RM1.1 juta setahun kini dinaikkan sehingga RM2.4 juta setahun dengan anggaran RM12.1 juta tempoh 5 tahun. Berapa banyak kontraktor pau? Pegawai JKR zaman Peter pula membuat penilaian sebagai ‘kos berpatutan’ 40 kali ganda lebih tinggi sebagai berpatutan?.

Ini baru satu zon. Bayangkan ada berapa banyak Zon di Sabah seperti ini. Sejak tahun 2018 dan 2019 mereka melakukan rompakan disiang hari.

40 kali ganda harga lebih tinggi adalah munasabah?

Berapa banyak wang Kerajaan Negeri Sabah atau dana selenggaraan jalan kerajaan Persekutuan mengalir?

Mana SPRM Sabah?

Sabahkini2 sangat konsisten menyatakan Pengarah SPRM negeri Sabah, S Karunanithy ini adalah pengarah yang gagal di Sabah. Tugasnya sebelum ini hanya taat kepada Shafie Apdal Ketua Menteri ketika itu. Banyak kes, banyak aduan setakat ini tetapi mengecewakan. Termasuk siasatan kes RM1.5 bilion projek rundingan terus, bakul makanan di zaman Warisan dan kini pinjaman Air Asia RM300 juta diseleweng BOD Sabah Development Bank Berhad. Mana dia? Asyik siasat, siasat, siasat akhirnya senyap.

Tidak ada erti Pegawai SPRM di pejabat Ketua Menteri kalau kerjanya 'Kawtim'

Sampai bila mahu Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Putrajaya campur tangan di Sabah? 

[ARTIKEL BERKAITAN- Mana SPRM? Shafie, BOD SDB lulus pinjaman AirAsia RM300 juta selepas Bubar DUN? ]

Kepada Dato’ Sri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM mohon mengambil tindakan menukar Pengarah SPRM Sabah yang ‘kaki kawtim’ ini. Sekarang pun dia asyik nak jumpa Ketua Menteri Baharu Datuk Seri Hajiji. Entah apa dia hendak. Patut arahan Datuk Seri Hajiji siasat Air Asia tu selesai sekarang. Kalau dah panggil CEO SDB dan BODnya bila? mengapa takut kepada media. Ini kes kepentingan rakyat.


Siasat Datuk Ewon Benedick Bekas Menteri KPLB Sabah dan Peter

Ada banyak projek selenggaraan jalan di Sabah. Selain konsesi rundingan terus yang dibayar RM325 juta hingga RM500 juta yang kontroversi baru-baru ini.

Siasatan kos terlalu tinggi Projek Selenggara Jalan Dumpiring Kebidahan dan jalan berhampiran (Dumpiring-Kebidahan, Rosok-Rantai, Sayap, Lampios, Penampatan Baru, Gandukut-Tindakon) boleh jadi satu dari kuncinya. 

Bagaimana dengan projek jalan zon 2 Jalan Podo- Taginambur tempoh 5 tahun? Sepertimana jalan Dumpiring, projek ini juga dinaikkan 40 kali ganda dari kos dibenarkan.

Datuk Ewon Benedick Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga adun Kedamaian berurusan dengan Datuk Peter Anthony dan Pengarah JKR Sabah ketika itu pasti tahu kontraktor mana diberi kepada projek ini.

Dilaporkan kontraktor yang dilantik ada kaitan dengan Ewon Benedick sebab itu Ewon campur tangan memastikan projek ini dapat.

Jika tidak mana mungkin Ewon Benedick terhegeh-hegeh menguruskannya memuji-muji Shafie Apdal, Peter Anthony dan Pengarah JKR. lepas tu dia pura-pura bertanya apa manfaat sokong kerajaan pusat. Kerana dia sokong kerajaan pusat ketika itulah UPKO melompat, dapat jawatan Menteri bagai malah sapu projek. 

Apa kata Ewon Benedick?

 

5 Comments