Shafie sebenarnya obses dan sanggup ‘Gila Talak’ nak jadi PM nyahkan Anwar demi Mahathir
21:04 Apr 10, 2021  |  By SabahKini2
Shafie sebenarnya obses dan sanggup ‘Gila Talak’ nak jadi PM nyahkan Anwar demi Mahathir

Shafie Apdal sebenarnya Obses dan sangat gila talak jadi PM selepas usaha Dr Mahathir sebelum ini gagal. Shafie kuda Mahathir untuk menyingkir Anwar PM PH. Rakyat Malaysia mesti 'gila' jika menyokong Shafie PM.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terus bertahan mengumumkan dirinya sebagai PM sesuai Pakatan Harapan berbanding Anwar Ibrahim yang kemaruk menjadi PM.

Beliau berpura-pura mengaku dirinya tidak obses untuk menjadi Perdana Menteri kerana pernah dicalonkan oleh ‘Bosnya’ Tun Dr Mahathir Mohammad untuk menjadi kuda tunggangan Mahathir.

Menurut Shafie beliau tidak obsess tetapi merasakan cadangan memilih beliau sebagai PM adalah perubahan terbaik pemimpin PM daripada luar Semenanjung kerana tidak pernah sebelum ini wakil dari Sabah atau Sarawak yang memegang jawatan tersebut.

“Saya tidak obses untuk jadi Perdana Menteri tapi saya lihat ini satu cadangan baik dan tidak jadi masalah kerana sudah 63 tahun negara kita merdeka tetapi tidak ada satu pun PM dari Sabah atau Sarawak.

Beliaulah orangnya paling sesuai.

“Takkanlah selama ini pemimpin negara hanya berada di Kedah, Johor, Pulau Pinang atau Pahang sahaja,” katanya ketika menjadi tetamu IG Live Sinar bertajuk Calon PM ke-9 Masih Samar yang disiar secara langsung melalui platform media sosial Sinar Harian pada malam Jumaat.

Program yang berlangsung selama sejam itu dikendalikan Nurul Riduan Nor Ashaha.

Dr Mahathir menamakan Shafie Apdal sebagai PM menggantikan Anwar Ibrahim kerana percaya boleh mengikat Presiden Warisan itu yang sentiasa taat kepada ‘Malaya’. 26 Bulan Dr Mahathir berkuasa sebagai PM  royalti 20 % Petronas dan MA63 yang dilaungkan terus gagal.

 
Pakar tersengih sebelah Mahathir

Lantaran itu Kerajaan GPS memperlekeh Kerajaan Warisan dalam hal menuntut hak minyak gas dari Putrajaya kerana mereka takut kepada Mahathir. Kerajaan Warisan hanya mengambil untung selepas Kerajaan GPS Sarawka berjaya menang di mahkamah 5% cukai jualan ke atas produk petroleum. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Cara Shafie 'takut' Dr Mahathir ajak masuk Warisan rugikan Sabah sehingga PH, Warisan tumbang! ]

Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah ekonomi dan KDNK Sabah menjunam dengan teruk sehingga 0.5% walaupun pandemik Covid-19 belum merebak. Pengangguran teruk malah Daerah miskin di Malaysia seperti Pitas direkodkan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbukti Kerajaan Warisan cipta rekod junamkan ekonomi Sabah terendah di Malaysia 2019 ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Teruknya Warisan! Ekonomi Menjunam, kos hidup tinggi, 1 daripada 2 orang miskin di Pitas

Shafie juga 26 bulan memerintah lebih berminat meluluskan dokumen untuk warga asing, ‘projek IC’, stateless dan melaksana Pas Sementara Sabah (PSS) yang menyebabkan Warisan tumbang dalam PRK Kimanis. Warisan serta-merta menamatkan PSS bagi mengelak rakyat menolak Warisan.

[ARTIKEL BERKAITAN - 20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI! ]

20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI!

Shafie mendakwa dirinya ahli ekonomi, tetapi beliau hanya lulusan North Staffordshire Polytechnic! Politeknik itu dinaik taraf menjadi Staffordshire University pada tahun 1992.

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie bukan ahli ekonomi hanya lulusan North Staffordshire Polytechnic? ]

Shafie bukan ahli ekonomi hanya lulusan North Staffordshire Polytechnic?

Dan sekarang Shafie mahu menjadi Perdana Menteri?

Rakyat Malaysia mesti sudah gila jika memilih Shafie sebagai PM. Di Sabah pun dia gagal lagi dia nak jadi PM

 

25 Comments