Jangan terpengaruh tulisan tangan asing burukkan Malaysia
15:04 Apr 22, 2021  |  By SabahKini2
Jangan terpengaruh tulisan tangan asing burukkan Malaysia

Siapa John Berthelsen dan Carmelo Ferlito? Nampaknya penulis asing mempunyai agenda tersendiri memburukkan Malaysia. Siapa di belakang mereka?

Pendekatan kerajaan dalam menanggani COVID-19 ketika ini tidak gagal seperti yang didakwa oleh Carmelo Ferlito dalam tulisannya di Free Malaysia Today bertajuk “Akui kegagalan, ubah pendekatan kekang COVID-19, badan pemikir beritahu kerajaan”.

Malaysia telah lakukan pelbagai langkah kesihatan awam dalam melawan pandemik COVID-19. Langkah PKP yang dibuat oleh Malaysia bukannya sama seperti di lockdown di negara-negara lain. Oleh kerana PKP itulah Malaysia tidak menjadi seperti Italy, tidak jadi seperti negara-negara lain yang sistem kesihatannya terus collapse pada awal tahun lepas.

Mana ada negara yang buat PKP dan beri rakyatnya duit poket lagi RM1600, beri geran RM3000 kepada peniaga, beri moratorium 6 bulan kepada rakyat malah yang terbaru meluluskan i-Sinar lagi. Tidak ramai yang tahu berterima kasih pada tangan yang memberi tetapi sekurang-kurangnya janganlah mengigit kembali tangan yang pernah memberi.

Malaysia buat penyesuaiannya sendiri dalam mengadakan PKP menerusi Akta 342 iaitu PKPD dan PKPP dan tempatnya adalah bersasar sebagaimana panduan yang disarankan oleh WHO. Deklarasi Great Barrington yang disebut oleh Carmelo bukanlah satu dokumentasi kesihatan mengikut standard WHO dan pakar-pakar kesihatan awam antarabangsa. Ianya hanyalah online signing petition yang dibuat oleh sekumpulan journalist untuk mendapatkan pandangan awam sahaja.

Malaysia tidak boleh bertindak mengikut panduan awam yang masih lagi di peringkat eksperimental dan belum teruji. Malaysia bertindak mengikut apa yang disarankan oleh badan kesihatan dunia dalam mengawal wabak. PKP yang dibuat di Malaysia telah berjaya kawal kluster tabligh, kawal penularan kluster Sivagangga dan telah berjaya kawal penularan virus COVID-19 di Sabah.

Kaedah yang sama sekarang digunakan untuk kawal wabak di Kelantan dan Sarawak, dua negeri yang kesnya sedang naik sekarang ini. Kalau dicampurkan angka daripada dua negeri pada 20 April, sudah mencecah 1000 kes lebih.

Gelombang baru kenaikan kes COVID-19 ini bukan sahaja dihadapi di Malaysia tetapi turut berlaku di beberapa negara lain seperti Jepun yang semalam baru mengisytiharkan darurat kesihatan, di India kes naik hingga bekalan oksigen habis, malah di Amerika Syarikat kes harian naik 53,000 kes sejak tujuh hari lepas.

Carmelo, seorang penulis bebas warganegara Italy yang telah menjadi pemikir kepada Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), sebuah insitusi yang pro pada seorang tokoh pembangkang di belakangnya.

Jadi, boleh diagak kenapa Carmelo menulis begitu. Malah tulisan Carmelo ini seolah-olah mahu mencipta satu “snowball” terhadap apa yang ditulis sebelum ini oleh John Berthelsen di Asia Sentinel Malaysia Fades in Covid Fight pada 16 April 2021.

Ramai penulis dan tangan-tangan dari luar negara sudah mula berminat untuk campur tangan dalam hal negara kita, Malaysia. Malah semalam lebih teruk ada serangan yang biadap mengunakan hashtag “DengkiKe” terhadap Instagram Permaisuri Agung.

Kalau dibaca setiap komen mereka yang konon-konon menyamar jadi netizen dari Malaysia memang menyakitkan hati. Entah-entah yang menulis itu tangannya berada di luar negara. Boleh jadi.

Siapa mereka ini semua? John Berthelsen ini adalah kawan baik kepada Claire Brown, penulis dari Sarawak Report. John Berhtelsen juga adalah penulis dalam The Wall Street Journal, WSJ. Pada era tahun 1980an lagi, John Berthelsen ini telah memburukkan Malaysia dengan penulisan yang tidak sepatutnya sehingga diusir dari Malaysia pada ketika itu.Kali ini, Berthelsen dan Carmelo menulis dari luar negara tentang keadaan politik Malaysia dan cuba mengajar doktor-doktor di Malaysia tentang cara mengawal pandemik COVID-19.

Apa agenda dan motif jangka panjang mereka ini? Kalau terpedaya dengan dakyah dan petrol yang disimbah oleh tangan tangan luar ini, maka terjadilah perkara yang mereka hendak ianya terjadi.

Netizen Malaysia lebih cerdik dan bijak menilai. Tidak mudah terbakar dengan petrol propaganda yang telah disimbah. Nampaknya Carmelo ini agak ketinggalan, dia minta itu dan ini dan tidak tahu tentang cara pengurusan COVID-19 di negara ini.

Nampaknya dia hanya membaca dari laptopnya di luar negara. Tidak tahu pun hujung pangkal. Persoalannya siapa yang membayar Carmelo dan John Berthelsen ini? Untuk tujuan apa pembayar itu upah tangan-tangan asing ini menulis sebegini rupa?

 

3 Comments