Kantoi syarikat tipu Yong Chee Kong 'Scam' kata 'Bos' Hong Kong dia yang derma!
13:05 May 21, 2021  |  By SabahKini2
Kantoi syarikat tipu Yong Chee Kong 'Scam' kata  'Bos' Hong Kong dia yang derma!

Dalam surat peribadi beralamat Lorong Kenawai 5 KK Yong Chee Kong kata dia Pengarah Urusan Xintai Development Enterprise Ltd yang akan menderma. Selepas kantoi syarikat palsu dia kata bukan dia penderma tetapi bos dia di Hong Kong!. Siapa Yong Chee Kong?

Bermula dari sebuah video Lim Guan Eng 'Kepala Otak Dia' dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang menuduh Kerajaan Pusat tidak menerima sumbangan derma vaksin 2 juta dos daripada penderma akhirnya membongkar nama misteri Yong Chee Kong berasal daripada Kota Kinabalu Sabah.

Siapakah dia? Jutawan manakah dia? Pemimpin Sabah seperti Datuk Seri Masidi Manjun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumah selaku jurucakap Covid-19 Sabah pun tak kenal siapa Yong Chee Kong ini.

KJ dalam sidang medianya mendedahkan penyumbang ini sebagai ‘scam’ dan bogus. Tiada butiran mengenainya.

Yong Chee Kong yang beralamat di Lot 22 Lorong Kenawai 5 Taman Sinar Baru Jalan Damai 88450 Kota Kinabalu Sabah telah mengutus surat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow sebagai Pengarah Urusan Xintai Development Enterprise Ltd berpangkalan di Hong Kong.

 

SUSK YAB Ketua Menteri tak semak ke siapa penderma?

 


Pengarah Urusan  Xintai Development Enterprise Ltd 
Lot 22 Lorong Kenawai 5 Taman Sinar Baru Jalan Dalam 88450 Kota Kinabalu Sabah?

Menakjubkan hanya dengan sekeping surat atas nama peribadi tanpa ‘letterhead’ Syarikat Xintai Development Enterprise mendapat layanan istimewa  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan DAP. Tidak ada juga butiran pelantikan atau wakil syarikat terhadap Yong Chee Kong. Apa ulasan SUSK Ketua Menteri? Mesti ada butiran syarikat dan penyumbang. Persoalannya bagaimana ia boleh diterima oleh KM Penang Chow Kon Yeow? 

Ia sangat misteri. Orang Sabah pun tidak kenal siapa Yong Chee Kong. Carian pendaftaran syarikat Hong Kong, Xintai Development Enterprise Ltd tidak ada dalam daftar tetapi hanya Xintai Enterprise Development Ltd dan Xintai Development Ltd.

Xintai Enterprise Development Ltd mempunyai modal berbayar HK$ 300 juta. Manakala Xintai Development Limited mempunyai modal berbayar HK$ 1. Kedua-kedua syarikat tidak menamakan Yong Chee Kong.  

Jika Yong berkata sudah bekerja untuk Xintai selama 10 tahun mengapa perlu beliau mengutus surat atas nama peribadi dan alamat rumah sendiri? Bukan anak syarikat di Malaysia atau Xintai Development Enterprise Ltd sendiri. Ini menjadi perkara paling janggal.

Syarikat besar atau GLC di negara ini pun tidak menyumbang cara begini tetapi melalui saluran yang betul.

Yong Chee Kong kelihatannya seperti 'broker' jualan vaksin. Beliau mahu mendapatkan kebenaran negeri dan KKM serta kemudiannya membeli sendiri atas nama 'kabel' Sinovac. Bagaimana dia hendak berbuat demikian sedangkan wakil Sinovac di Malaysia ialah Pharmaniaga. Perjanjian masih berjalan sehingga semua bekalan dapat dihantar kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada Kerajaan. 

Yong Chee Kong tampil menyatakan dia tulen, original bukan penipu serta suratnya kepada KM Pulau Pinang syarikat Xintai Development Enterprise Ltd janya tersalah tulis nama syarikat. Oleh itu apa syarikat sebenarnya?

Yong Chee Kong berkata telah menderma kepada Sabah tetapi ditolak namun Jurucakap Covid-19 Datuk Seri Masidi Manjun kata tidak tahu apa-apa mengenai Yong Chee Kong. Ia sesuatu yang baru. 

Selepas kantoi Yong Chee Kong berkata bukan dia yang mahu menyumbang tetapi ‘bosnya’.  Dia Pengarah Urusan tapi bukan bos! Dia kata dia malu dituduh scam

“Saya rasa dipermainkan, di mana saya hendak letak air muka saya? Saya tidak merancang masuk berita atau apa-apa seperti itu.

“Tetapi saya tidak bimbang kerana tawaran bos saya untuk menderma vaksin itu tulen. Ia bukannya ‘scam’.”

Yong Chee Kong juga menuduh Pegawai Khairy meminta wang sumbangan untuk membeli vaksin itu dipindahkan kepada sebuah “syarikat di Kuala Lumpur” tetapi KJ menjelaskan pegawainya hanya meminta bukti daripada ahli perniagaan itu pesanan vaksin dapat dibuat, dan bukan untuk memindahkan wang itu kepada syarikat. Mengapa tak mahu beri bukti? 

Benarkah syarikat penyumbang wujud? Ada wang ke? bukan tipu? Bukti sumbangan bagi membeli dua juta dos untuk Pulau Pinang dengan mengatakan “mempunyai wang di sebuah akaun di Hong Kong” sangat meragukan.

Ini yang sepatutnya dilakukan oleh Setiausaha Sulit Kanan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang bukannya mengisytiharkan sebagai benar sedangkan semua status meragukan. Apabila kantoi KM Pulau Pinang minta pula syarikat penderma tampil buktikan dirinya sepatutnya pejabat Ketua Menterilah memeriksa dahulu. 

Dulu penderma kata dialah Pengarah Urusan dan sekarang bos dia pula yang nak menderma bukan dia..

 

1 Comment