AstraZeneca: Kantoikan KJ Projek Data RM70 juta dan RM7.7 juta Kempen Media Grey Group yang gagal!
20:05 May 26, 2021  |  By SabahKini2
AstraZeneca: Kantoikan KJ Projek Data RM70 juta dan RM7.7 juta Kempen Media Grey Group yang gagal!

AstraZeneca laris namun KJ dikecam rakyat kerana kali kedua portal yang punya integrasi data bernilai RM70 juta itu bermasalah. Kini kempen media RM7.7juta lantikan KJ Grey Malaysia juga nampak gagal.Apa Grey lakukan teruk KJ kena bantai.

Media melaporkan 300,000 permohonan janji temu vaksin AstraZeneca pusingan kedua direkodkan dalam tempoh kurang 45 minit selepas sistem itu dibuka pada 12.15 tengah hari semalam walaupun terlewat 15 minit seperti dijadualkan. Bangga  tetapi bertukar kecaman

Kerana bermasalah  JKJAV memaklumkan, sistem tempahan bagi vaksin AstraZeneca dikemaskini.

“Anda boleh memulakan tempahan slot pada jam 12.15 tengah hari. Maaf di atas kesulitan yang berlaku,” kata pengumuman JKJAV.

Ia permulaan buruk yang mengundang kemarahan rakyat dan pemimpin politik apabila netizen mempersoalkan  kelemahan portal vaksin covid-19 dan sistem tempahan bernilai RM70 juta kepada kroni Khairy Jamaluddin Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu.

Dilaporkan 20 minit pertama pemohon sudah mula disekat daripada mendaftar diportal itu. Ramai pihak meluahkan perasaan tidak puas hati dan berang kerana sukar mengakses portal slot janji temu vaksin AstraZeneca yang dibuka hari ini. Jika berjaya menembusi sistem, kebanyakan slot sudah penuh walaupun ruang tempahan masih bertanda hijau.  

Butang pilihan negeri sukar ditekan dan apabila berjaya, slot pilihan tarikh telah penuh, meskipun sistem dapat diakses.

Ini yang menyebabkan kemarahan rakyat rasa dipermainkan.

Dikala kemarahan rakyat membuak, Kira-kira jam 1.20 tengah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan melalui laman Twitter, lebih 300,000 tempahan janji temu vaksin AstraZeneca pusingan kedua telah dibuat, setakat kira-kira jam 12.50 tengah hari 

"Kami maklum masih ada yang tidak boleh berbuat demikian. Sila cuba lagi sebentar nanti," katanya.Dan akhirnya ia diumumkan ditamatkan.

 Komen-komen netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sistem portal bernilai RM70 juta ini. 

 

 

 

RM70 juta tapi lembap!

Penghujung April lalu KJ Menteri Sains yang juga hanya Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (Pick)menjelaskan projek RM70 juta yang diperuntukkan untuk sistem janji temu dan integrasi data. Katanya ia hanya  had siling yang dipersetujui oleh Kementerian Kewangan dan bukan kos akhir.

Daripada RM5 bilion untuk program vaksinasi yang akan dibelanjakan itu  RM70 juta bagi integrasi data dan sistem janji temu yang mendapat perhatian rakyat. Senarai perbelanjaan itu juga tular dalam blog dan laman sosial.

KJ tampil menjelaskan perkara itu katanya peruntukan RM70 juta bagi integrasi data dan sistem janji temu itu meliputi 13 perkara.

Kata Khairy, antara sistem yang akan dibangunkan adalah:

1. pengurusan dan pemantauan pencapaian Pick;
2. pembangunan dashboard pelaporan harian Pick;
3. integrasi sistem bagi menghubungkan pangkalan data MySejahtera dengan sistem sedia ada farmasi KKM;
4. pembangunan sistem Chatbot;
5. pembangunan Laman Portal Pendaftaran Vaksin;
6. sistem pengesanan pendaftaran dan vaksinasi serta pembangunan perkhidmatan Google Map (tracking system) di dalam MySejahtera;
7. pembangunan sistem genomic surveillance dan sistem immunisation surveillance;
8. perolehan sistem pengurusan Queue Mobile untuk PPV;
9. integrasi sistem pasport digital dalam MySejahtera;
10. sistem pengurusan logistik dan rangkaian penghantaran vaksin;
11. pengendalian pusat panggilan (call center) berpusat di CITF;
12. sistem MyVAC (Malaysian Vaccine Support Volunteers) bagi pengurusan mobilisasi sukarelawan dalam pelaksanaan program; dan
13. penghantaran SMS dan panggilan telefon bagi peringatan vaksinasi antara 5 hingga 10 kali peringatan bagi setiap orang.

Namun netizen dan pemain industri IT mempersoalkan kos dan sistem portal VaksinCovid-19 yang diuruskan KJ itu

Kurian Thomas, seorang ahli profesional IT selama lebih 25 tahun berkata portal vaksincovid-19 tidak dibina untuk menangani jutaan permintaan serentak.

Laman web biasa sudah tentu berbeza dengan laman pendaftaran, yang perlu berinteraksi dengan pelbagai laman web lain untuk menghantar dan menerima data.

Katanya portal VaksinCovid adalah reka bentuk seni bina yang buruk.

Pembangun laman web lain turut memberi pandangan mengenai pelbagai masalah teknikal yang dihadapi pengguna laman web tersebut. Timothy Teoh pakar IT berpendapat ketiadaan maklum balas visual kepada pengguna apabila slot janji temu gagal dimuat.

Pelayan (JKJAV) juga dilihat tidak mampu menangani trafik.

Perkara lain yang dikecam netizen ialah lawan web pendaftaran vaksin tersebut menggunakan perkhidmatan sekuriti web Cloudflare versi percuma yang menyebabkan masalah ketika mendaftar kerana versi percuma tidak mampu menampung lebar jalur yang diperlukan bagi program pendaftaran besar-besaran seperti itu.

Menyedari silap, KJ yang mengetuai Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) membuat permohonan maaf  namun netizen di FB JKJAV mengecam kesilapan itu.

Netizen mula mempersoalkan KJ siapa syarikat yang membangunkan portal vaksincovid-19? Jika benar kosnya RM70 juta ia sudah tentu dilihat merugikan rakyat. Apakah MIMOS  Berhad GLC Mosti? Sejarah pernah membuktikan KJ gagal melaksanakan aplikasi  MyTrace untuk menjejaki pesakit Covid-19 dengan kos projek RM5 juta. Kerajaan memilih Aplikasi MySejahtera RM5 juta terbang!

Grey Malaysia kempen untuk KJ?

Lebih buruk lagi syarikat pelaksana kempen media komunikasi strategik Program Pelaksanaan Imunisasi kebangsaan Covid-19 lantikan KJ bernilai RM7.7juta gagal melaksanakan fungsinya. KJ melantik syarikat sahabatnya daripadanya Grey Worldwide  Sdn Bhd(Grey Malaysia). Kononnya mereka syarikat antarabangsa. Apa jadi? Netizen mengecam JKJAV /CITF!dan kerajaan Malaysia.

4 bulan selepas dilantik bukan sahaja kempen media JKJAV sendu malah gagal menepis serangan media kepada JKJAV.

Grey dilaporkan turut memberi nasihat  dalam kempen portal di media sosial.

Sudah tidak adakah lagi syarikat pengurusan media tempatan atau bumiputera melaksanakan Pelan Komunikasi Strategik Vaksin selain Grey? Apakah kumpulan Media Prima dan Astro tak mampu? Pelan apa Grey telah sediakan? Beli siaran media daripada media prima dan astro?  Media antarabangsa? Mengapa KJ bersungguh melantik Grey? 

Ramai melihat KJ yang mengetuai Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 kadangkala melampaui batas. Beliau Menteri MOSTI tetapi hal-hal teknikal vaksin yang menjadi tanggungjawab KKM pun beliau memandai campur tangan. Sesetengah perkara dilihat mendahului Menteri Kesihatan dalam membuat  kenyataan. 

Hari ini beliau sendiri melihat netizen mengecamnya tetapi Grey mungkin berusaha memotretkan dirinya sebagai hero! Kita lihat mampukah Grey dalam 18 bulan ini melaksanakan kontraknya?

 

 

5 Comments