Terbongkar SElangkah milik Kerajaan Selangor 'dalang' gagalkan rakyat daftar AstraZeneca
20:05 May 29, 2021  |  By SabahKini2
Terbongkar SElangkah milik Kerajaan Selangor 'dalang' gagalkan rakyat daftar AstraZeneca

Rakyat marah kerana gagal daftar AstraZeneca. Selain sistem portal lemah rupanya terdapat Team SElangkah mendaftarkan individu tanpa pengetahuan 'tuan punya diri' mendaftar AstraZeneca guna data SElangkah. Ada yang tak mohon tukar tarikh temujanji

KJ dan CITF dikritik hebat ekoran pendaftaran untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) 26 Mei lalu.  KJ sendiri mengaku masalah teknikal yang berlaku dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia

Ramai mengadu tidak dapat melengkapkan pendaftaran mereka walaupun telah mencuba beberapa kali, menggunakan peranti berbeza. Dalam masa sama pelbagai cara versi pendedahan serangan terhadap KJ termasuk projek integrasi data dianggarkan RM70 juta. Media yang membantu promosi vaksin Grey Group yang dilantik oleh KJ pula melalui MOSTI pula kelihatan tenggelam. 

Kantoi kerja SElangkah

Bagaimanapun Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) bertindak menyiasat pihak tertentu yang seakan-akan mensabotaj program imunisasi Covid-19 Kebangsaan selepas berjaya mengenal pasti punca sebilangan individu diberikan janji temu bagi menerima vaksin AstraZeneca walaupun tidak pernah membuat tempahan. 

Lebih mengejutkan ramai pihak rupanya pihak SElangkah mendalangi pendaftaran beramai-ramai tanpa diketahui tuan punya nama itu. Menurut laporan SElangkah bersedia membetulkan keadaan itu.           

"Pihak SELangkah telah memberi jaminan untuk bekerjasama dengan CITF bagi menyelesaikan isu berbangkit ini dan memastikan bahawa individu yang terbabit akan mendapatkan balik janji temu yang sebelumnya.                                                                                                                                              

"Kesulitan yang timbul ini akan diatasi sebaik mungkin dan CITF akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam memastikan lebih ramai individu menerima vaksin dan sasaran imuniti kelompok dapat dicapai," kata CITF dalam satu kenyataan 

Selepas kantoi SElangkah buat penafian

Bagaimanapun, SELangkah melalui Ketua pegawai eksekutifnya, Tengku Iesta Tengku Alaudin dan pengasas SElangkah Dr Helmi Zakariah menafikan sekeras-kerasnya penglibatan mereka yang kononnya tidak berasas. 

"Pihak SElangkah menegaskan bahawa kami tiada sebarang penglibatan berkenaan tempahan slot vaksin AstraZeneca seperti yang didakwa. Team SElangkah hanya bertindak menolong rakyat tidak celik IT membuat pendaftaran AstraZeneca dalam portal JKJAV. 

"Pihak Selangkah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menegluarkan dakwaan palsu yang bertujuan mencemar reputasi kami," katanya

ImuniSel merupakan kempen di bawah kerajaan Selangor bagi membantu penduduk di negeri itu mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai peranti sesuai atau kurang mahir menggunakan platform dalam talian.

Dr Helmi Zakariah yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi SELangkah berkata, dakwaan CITF itu “tidak tepat”.

Dia berkata pendaftaran itu dilakukan untuk membantu “rakyat yang tidak celik digital” yang bergantung kepada SELangkah untuk menempah janji temu vaksinasi Covid-19.

Ini bermakna usaha Team SElangkah mendaftarkan individu dalam senarai SElangkah sebagai penerima vaksin AstraZeneca bukanlah palsu ia wujud namun pihak SElangkah hanya menggunakan alasan membantu rakyat tidak pandai menggunakan pendaftaran itu.

Menteri Besar berunding dengan KJ

Bagi mengelakkan perang terbuka di media sosial antara CITF dengan SElangkah, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memberitahu media akan mengadakan pertemuan dengan ketua Badan bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Khairy Jamaluddin berhubung dakwaan badan milik kerajaan negeri Selangor itu.

Menurut Amirudin ia hanya "salah faham" dan akan bertemu dengan Khairy esok berhubung perkara itu.

"Saya baru berkomunikasi dengan Khairy tentang kenyataan CITF dan SELangkah. Terdapat salah faham dalam kenyataan semalam.

"Esok dia undang saya untuk bertemu bagi selaraskan gerak kerja yang lebih padu. Benda boleh bincang kenapa nak 'perang' di media," katanya di Twitter 

SElangkah Gagal mahu bersaing dengan MySejahtera

Sebelum ini Sabahkini2 telah mendedahkan kegagalan SElangkah apabila kerajaan menggunakan aplikasi MySejahtera yang lebih cekap. Malah pasukan Task Force Covid-19 Selangor dipimpin Dr Dzulkefly jelas terbukti gagal. Kes harian Selangor melonjak lebih 3000 kes sehari bukti kegagalan STFC. SElangkah hanyalah perniagaan untuk Selangkah Ventures Sdn Bhd dan Selgate Healthcare Sdn Bhd. Semua dana Covid-19 diberi kepada SELGATE untuk dibelanjakan. RM400 juta dana Covid-19 Selangor kebanyakannya disalurkan kepada SELGATE.

[ARTIKEL BERKAITAN- 3285 kes sehari, Dr Dzulkefly Ketua Pasukan Khas Covid-19 Selangor gagal tapi untung dapat projek jutaan ringgit dana negeri ]

Bimbang kegagalan Dr Dzulkefly sebagai Ketua STFC kantoi lagi maka setiap kali Selangor kes Covid-19 tertinggi maka Dr Dzulkefly akan membuka mulut untuk diversion isu. Bagaimanapun strategi STFC memakan diri apabila sidang media Dr Dzulkefly dan Dr Mariah menolak PKP Penuh dan berkata kes Selangor tak parah dikecam netizen. Ribuan komen netizen membalun Dr Dzulkefly dan Dr Mariah sehingga terpaksa berunding dengan bernama bagi memadam hantaran artikel asal.

[ARTIKEL BERKAITAN- 2,251 kes, PH Selangor kata tidak parah, netizen kecam Dr Dzulkefly, Dr Mariah tolak PKP Penuh ]

2,251 kes, PH Selangor kata tidak parah, netizen kecam Dr Dzulkefly, Dr Mariah tolak PKP Penuh

Berbalik kepada SElangkah. Aplikasi SElangkah milik Selangkah Ventures Sdn Bhd diasaskan Dr Dhesi Baha Raja a/l Selva Raja (Bekas Pegawai Khas Dr Dzulkefly) dan rakan niaganya Dr Helmi Zakariah (Aime Healthcare Sdn Bhd) JV  menubuhkan  Selangkah Ventures Sdn Bhd sebelum diambil alih oleh Selgate Healthcare Sdn Bhd anak syarikat kerajaan Negeri Selangor. Selangkah Ventures hanya ditubuhkan pada 10 Ogos 2020. Modal berbayar RM100,000 sahaja. 60 peratus sahamnya milik Selgate Healthcare Sdn Bhd. Audit akaun pun belum ada.

SELANGKAH membelanjakan RM3 juta (terbaru ditambah lagi peruntukan) wang rakyat Selangor melalui syarikat Selangkah Venture  Sdn Bhd menggunakan dana kerajaan Negeri Selangor, Selgate Healthcare Sdn Bhd.

 

Dr Dhesi kini menjadi Ahli Lembaga Pengarah di MDEC? ada apa di MDEC.
MDEC penuh Kartel tapi hasil tak kemana

 

 

Ahli Lembaga Pengarah Selangkah Venture Sdn Bhd ialah daripada team Aime Healthcare Sdn Bhd dan SELGATE
Bagi mengelak isu mereka menjadikan SElangkah milik Kerajaan Negeri Selangor

 


Pemain utama di Selangkah Venture Sdn Bhd ialah Dr Helmi Zakaria, Dr Muaz Omar
dan Tengku Lesta Tengku Alaudin

 

Polisi SElangkah mudah mereka boleh menggunakan data yang mereka perolehi untuk tujuan perniagaan mereka bukan semata-mata bagi tujuan track dan trace Covid-19. Bukan semua orang Selangor menggunakan SElangkah. Jadi SElangkah boleh dianggap gagal. Oleh itu Team SElangkah mereka terpaksa membuat promosi untuk menggunakan SElangkah seperti pendaftaran Vaksin, saringan covid-19 tetapi hanya dapat digunakan oleh Kerajaan Selangor tidak integrasi dengan data MySejahtera. 

Ini antara polisi SElangkah. 

 

Jadi tidak menghairankan jika SElangkah mendaftarkan individu vaksin AstraZeneca jika dengan alasan daftarkan yang tidak celik IT wal hal tempahan tersebut dapat dilihat menggunakan beberapa alamat IP yang sama di SElangkah.

Bagi mengelakkan situasi lebih kantoi maka MB Selangor perlu cepat-cepat berjumpa KJ bagi mengelakkan pendedahan lain lebih terbuka antara CITF dan SElangkah.

Pasukan CITF perlu mendedahkan beberapa alamat IP yang sama itu. Biar rakyat tahu.

SElangkah sengaja mensabotaj portal JKJAV memandangkan sistem SElangkah dan portal itu sama. Hanya SElangkah tak mampu ialah menyerang aplikasi MySejahtera. Yang mereka nak minta dulu ketika MB Selangor melawat CPRC di KKM ialah  usaha integrasi data MySejahtera dan SElangkah. Agak-agak akan diberi tak dengan perangai hodoh SElangkah. 

Konklusinya SElangkah hanyalah untuk perniagaan bukan untuk rakyat mengatasi masalah Covid-19. Terbukti STFC dan SElangkah gagal. Kes mahu cecah 10,000 sehari negeri mana tertinggi kalau bukan Selangor. 

Comment