Rasuah RM16 juta Tan Sri 'Penang Condo King', Pengerusi Koperasi Tunas Muda didakwa hari ini
01:07 Jul 12, 2021  |  By SabahKini2
Rasuah RM16 juta Tan Sri 'Penang Condo King', Pengerusi Koperasi Tunas Muda didakwa hari ini

Diam -diam ubi berisi! Pengerusi Koperasi Tunas Muda koperasi hartanah didakwa kerana rasuah RM16 juta. Siapa tidak kenal Tan Sri “Penang Condo King” proksi DAP, Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Ideal Property Groups sapu semua tanah di Pulau Pinang!

Datuk Ir. Mansor Musa Pengerusi Lembaga Pengarah koperasi Koperasi Tunas Muda Sg. Ara Berhad sebuah koperasi hartanah di Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki menerima rasuah berjumlah lebih RM16 juta.

Menurut sumber Datuk Mansor menerima wang rasuah dan pelbagai barangan berharga daripada seorang Pengarah Eksekutif yang juga Pengerusi syarikat pemaju hartanah berkait Lim Guan Eng DAP kes rasuah terowong bawah laut dan tambakan tanah

Siapa tidak kenal Tan Sri Datuk Alex Ooi Kee Liang Pengerusi Ideal Property Groups  atau dikenali sebagai “Penang Condo King” proksi Lim Guan Eng? Syarikat ini dinamakan semula sebagai Ideal United Bintang Berhad (“IDEALUBB”) 

Raja Petra pernah mendedahkan siapa Tan Sri Datuk Alex Ooi Kee Liang dalam artikelnya di Malaysia-today sebelum ini.

[BACA: The Untold Story Of Guan Eng’s Proxy, The Penang Condo King ]

Kisah rasuah itu juga boleh dibaca melalui pendedahan dokumen rasuah SPRM mengenai Lim Guan Eng itu yang menyebabkan Jeffrey Chew bekas Setiausaha Politik Lim Guan Eng dan juga Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang ditahan SPRM begitu juga Lim Guan Eng kini didakwa di mahkamah

Rasuah Pengerusi Koperasi dan Tan Sri “Penang Condo King”

Menurut sumber sogokan berkenaan diterima Datuk Ir Mansor melalui syarikat miliknya sebagai balasan melantik syarikat Ideal Property Group bagi melaksanakan projek usaha sama dan pembangunan di tanah milik koperasi.

“Datuk Mansur akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini (Isnin) atas kesalahan menerima wang rasuah dan barangan berharga dianggarkan berjumlah lebih RM16 juta.

Datuk Ir Mansor dilaporkan bakal berhadapan lebih 160 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA 2001).

Datuk Ir Mansor juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Julai depan.

Semakan menunjukkan Koperasi Tunas Muda Sg. Ara Berhad pimpinan Datuk Mansor banyak bekerjasama dengan syarikat Taikun DAP Tan Sri Datuk Alex Ooi Kee Liang Ideal Property Groups itu seperti projek One Imperial, The Arena Suites, Tunas Residensi, Idaman Levender dan lain-lain lagi. Kerjasama Koperasi Tunas Muda dengan anak syarikat Ideal United Bintang Berhad seperti Modular Platinum Sdn Bhd, Ideal Homes Properties Sdn Bhd and Premium Flame Development Sdn Bhd adalah perkara biasa.

'Diam-diam ubi berisi' itulah yang boleh dilihat melalui Datuk Ir Mansor yang juga seorang Ketua Bahagian sebuah parti di Pulau Pinang beliau diam-diam merembat dana proksi DAP Lim Guan Eng itu. Theedgemarkets pernah melaporkan  kerjasama Ideal United Bintang International Bhd ini dengan Koperasi Tunas Muda ini.

Hubungan Koperasi Tunas Muda dengan Tan Sri Datuk Alex Ooi Kee Liang Ideal Property Groups tidak pernah terputus sama ada Lim Guan Eng Ketua Menteri hinggalah Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri. Terjalin rapat dan padu. Pendek kata Pengerusi Koperasi Tunas Muda itu bolehlah dipanggil proksi Melayu buat Ideal Property Group. Bab tanah pun Koperasi boleh derma tanah kepada DAP!.

Tan Sri Pengerusi Ideal Property Groups didakwa?

Media hanya melaporkan pendakwaan hari ini terhadap Datuk Ir Mansor selaku Pengerusi Koperasi namun tidak menyatakan jika terdapat pertuduhan terhadap taikun pemberi rasuah Tan Sri Datuk Alex Ooi Kee Liang Ideal Property Groups itu? Apakah beliau akan didakwa kemudian? Mungkin hanya akan menjejaskan sedikit saham Ideal United Bintang Berhad  dengan kontroversi rasuah ini. 

 

Beranikah SPRM mengheret pemberi sogokan seperti Tan Sri Datuk Alex Ooi Kee Liang Ideal Property Groups ini? Atau seperti yang lain juga pemberi rasuah di Pulau Pinang sentiasa selamat dari pendakwaan kerana menjadi saksi. Apakah kali ini Tan Sri Alex Ooi Kee Liang akan membenamkan rakan kongsinya Datuk Ir Mansor Pengerusi Koperasi Tunas Jaya Sg. Ara Berhad ini? Apakah karier Datuk Ir Mansur akan berakhir? sama-sama melihat episod seterusnya.

 

6 Comments