PM tidak hadir istiadat angkat sumpah Kabinet kerana jadi kontak rapat
15:08 Aug 30, 2021  |  By SabahKini2
PM tidak hadir istiadat angkat sumpah Kabinet kerana jadi kontak rapat

Dalam satu kenyataan media Pejabat Perdan Menteri memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri perlu menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Persekutuan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan ia selepas beliau perlu menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

"Sementara itu, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok (31 Ogos 2021), Perdana Menteri akan menyertainya secara maya," memetik kenyataan itu.

8 Comments