Potong zakar kawan kerana cemburu saiz lebih besar
01:09 Sep 05, 2021  |  By SabahKini2
Potong zakar kawan kerana cemburu saiz lebih besar

Kedua-dua lelaki yang merupakan sahabat baik dari kecil itu pada mulanya dilaporkan sedang mabuk apabila membuat pertandingan saiz zakar.

MOSCOW – Seorang lelaki dari Barshkortostan, Rusia bertindak di luar batasan apabila memotong zakar rakannya dengan alasan cemburu kerana saiz alat sulit lelaki itu lebih besar berbanding dirinya, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Kedua-dua lelaki yang merupakan sahabat baik dari kecil itu pada mulanya dilaporkan sedang mabuk apabila membuat pertandingan saiz zakar.

Keadaan bertukar ganas apabila suspek berusia 47 tahun itu berasa tidak puas hati dengan saiz zakar rakannya yang berumur 52 tahun yang dilaporkan lebih besar.

Tanpa berfikir panjang, suspek mengambil sebilah kapak dan memotong zakar mangsa.

“Selepas berbalah, suspek bertindak di luar kawalan lalu mengambil kapak dan memukul kepala mangsa sebelum memotong alat sulitnya,” demikian menurut jurucakap polis.

Suspek kemudiannya ditahan pihak polis sejurus selepas kejadian itu dilaporkan oleh jiran yang menyaksikan insiden berkenaan.

Dia didakwa melakukan kecederaan parah ke atas rakannya dan berdepan hukuman penjara sehingga lapan tahun jika disabit kesalahan. – Agensi

9 Comments