[VIDEO] MIC gantung keahlian Tamilan Eswaran serang pengerusi NGO guna pisau
01:08 Aug 07, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] MIC gantung keahlian Tamilan Eswaran  serang pengerusi NGO guna pisau

Marah dengan Pengerusi NGO kerana dilapor SPRM isu rasuah tuntutan palsu & penyelewengan dana Penjana, Tamilan Eswaran mengamuk serang Mani Maran guna senjata pisau. Perangai Gengster malukan MIC

Video tular 

Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran telah menggantung keahlian JEGATHEESWARAN SEKHARAN @ TAMILAN ESWARAN, Ketua Pemuda MIC Titiwangsa dan Ahli Majlis Tertinggi Pemuda MIC serta merta, berikutan satu video yang menular di media sosial.

“Sila ambil perhatian, bahawa penggantungan En. Jegatheeswaean [email protected] Tamil Eswaran dari parti MIC, tidak bermakna bahawa beliau adalah bersalah di atas apa-apa tuduhan tersebut. Walau bagaimanapun parti MIC terpaksa mengambil tindakan ke atas beliau sekarang, memandangkan bahawa video kejadian tersebut telah menular di media sosial dan parti MIC khuatir jikalau sebarang tindakan yang tegas tidak diambil, maka ini akan menjadi suatu teladan yang buruk kepada mana-mana pihak.”

“Sebarang tindakan parti MIC berikutan perkara ini, akan berlandaskan kepada penyiasatan dan tindakan seterusnya oleh pihak polis kelak,” jelas Rajasekaran R.Thiyagarajan, Setiausaha Agung MIC.

MIC menggantung keahlian Ketua Pemuda MIC Titiwangsa kerana mencederakan Pengerusi Persatuan Harapan India Malaysia (PHIM), Mani Maran Manickam yang membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas beberapa pemimpin MIC baru-baru ini berhubung isu rasuah tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana).

"MIC sama sekali tidak menyokong mana-mana keganasan di dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun," katanya kepada media

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata mangsa, berusia 42 tahun luka di pergelangan tangan kiri dengan kedalaman tiga sentimeter selepas ditoreh pisau oleh suspek.

Beh berkata Jegatheeswaran Sekharan memiliki tiga rekod jenayah berjaya ditahan tiga jam selepas pihak polis menerima laporan berhubung insiden itu pada 9.17 malam semalam.

Serangan terhadap Mani Maran merupakan serangan kali kedua.

Sebelum ini pada  28 Julai lalu, Mani Maran  diserang kali pertama oleh seorang individu tidak dikenali di Kajang dan menerima 16 jahitan di tengkuk.

MIC dan Pemudanya tidak dapat dipisahkan dengan perangai “gengster’.  Jegatheeswaean [email protected] Tamil Eswaran juga rapat dengan Datuk Saravanan Menteri Sumber Manusia. Banyak memperolehi projek PENJANA. Tamil Eswaran berang apabila Mani Maran melaporkan SPRM mengenai dana Penjana yang kecoh disiasat SPRM.

 

Comment