Mengapa DPP Haresh Prakash SPRM, AG ‘kawtim’ bebaskan Peter Anthony kes RISDA wang haram RM8.75 juta?
10:08 Aug 13, 2022  |  By SabahKini2
Mengapa DPP Haresh Prakash SPRM, AG ‘kawtim’ bebaskan Peter Anthony kes RISDA wang haram RM8.75 juta?

Apa penjelasan Azam Baki KP SPRM? Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah dari SPRM bersetuju menerima representasi Peter untuk dilepas dan bebas. Mengapa Haresh Prakash dan AG 'kawtim' dengan Peter?

Apa sudah jadi? Kes yang disiasat sejak tahun 2017 dan bersusah payah SPRM akhirnya 'disampahkan' oleh Peguam Negara dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM melepas dan membebaskan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM8.75 juta. Tangkapan SPRM, reman, baju oren dan peluang pertuduhan di mahkamah sesuatu yang sia-sia dan membazir sumber. 

Ini berkaitan kes jualan tanah kepada RISDA di daerah Tongod di antara 2014 dan 2016.

Sekalipun Peter disabitkan bersalah kes dokumen palsu UMS baru-baru ini dan merayu penangguhan hukuman penjara namun adalah tidak wajar Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dengan seorang peguam Michael P Ubu kerana melakukan pecah amanah jenayah.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan melepas dan membebaskan Peter daripada semua pertuduhan itu, susulan keputusan hujahan pihak pendakwaan dan permintaan pihak pembelaan peruntukan Seksyen 254 (3) Kanun Acara Jenayah pelepasan dengan arahan mahkamah.

"Bermakna bahawa mahkamah masih mempunyai budi bicara untuk memberikan perintah melepas dan membebaskan (tertuduh), jika pihak pendakwaan tidak lagi mahu meneruskan kes seperti apa yang berlaku dalam kes ini," katanya.

Apa sudah jadi kepada SPRM? SPRM melacurkan siasatan mereka selama ini yang jelas Syarikat milik Peter Anthony Asli Jati Engineering Sdn Bhd menerima wang daripada syarikat milik Peter sendiri Budiman Juta Sdn Bhd.

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter Goyang! Terbukti syarikat milik Peter, Michael Ubu bersubahat curi wang rakyat RISDA ]


Safineh Doto adalah penama syarikat Peter dalam konsesi jalan di Sabah AK Kontraktor Sdn Bhd ketika
sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Kerajaan Warisan. Safineh kroni Peter

Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu mahkamah, pihaknya menerima representasi Peter.

Haresh Prakash Somiah SPRM ni dah kena beli Peter Anthony ke?Tak Malukah SPRM wang RISDA terang-terang dimasukkan dalam akaun syarikat Peter bukti pecah Amanah itu namun dibebaskan?

Haresh meminta mahkamah untuk melepaskan Peter tanpa dibebaskan daripada keenam-enam pertuduhan, namun tidak menyatakan sebarang alasan kepada mahkamah alasan Peter boleh mendapatkan pelepasan. Curi dan kembalikan maka boleh dibebaskan?

Tiada alasan? Apa penjelasan Azam Baki KP SPRM? Haresh Prakash Somiah ini sepatutnya SPRM siasat jika terdapat ‘kawtim’ antara mereka. Sebelum ini Haresh Prakash juga membebaskan Bekas timbalan pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Teo Chee Kong bebas pada mac 2022 selepas Mahkamah Khas Rasuah mengumumkan perintah Dilepaskan Tanpa Dibebaskan (DNAA) dan dijadikan Dilepaskan dan Dibebaskan (D&A).

Kerja Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kawtim sajakah?

Begitu juga Peguam Negara sehingga peguam Peter, Martin Tommy berterima kasih kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang menerima surat representasi mereka dan meminta pelepasan tanpa dibebaskan yang dikemuka pihak pendakwaan ditukar kepada dilepas dan dibebaskan.

Apa sudah jadi dengan Bahagian Pendakwaan Peguam Negara Nik Shuhami?

Hanya kerana dalam kes berjumlah RM15 juta, dilaporkan sudah dibayar oleh Michael P  Ubu  kepada RISDA maka dijadikan sebagai asas beliau meminta mahkamah melepas dan membebaskan Peter. Pecah Amanah dan mencuri duit RISDA tetap salah.

Ia salah guna kuasa antara Shafie Apdal bekas Menteri KKLW dengan Peter Anthony ketika itu bersama peguam KDM iaitu Michael P Ubu. Sepatutnya Shafie Apdal diheret sekali.

Pada 11 Jun 2020, Peter dibicarakan atas lima pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram dan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM8.75 juta antara 2014 dan 2016.

Semua pertuduhan dikaitkan dengan kes penjualan tanah kepada RISDA.

Dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 sebelum pindaan akta, manakala tiga pertuduhan lagi dibuat mengikut Seksyen 4 (1) (b) akta sama selepas pindaan.

PERTAMA: 25 Julai 2014 - Peter didakwa melakukan kesalahan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram dengan mengarahkan individu tertentu memindahkan wang RM1.75 juta daripada akaun bank milik syarikat Budiman Juta Sdn Bhd ke akaun bank syarikat Wondrous Enterprise Sdn Bhd di Malayan Banking Berhad, Lot 6 & 7, Jalan Perpaduan, Kampung Air. Kota Kinabalu

KEDUA: 4 Ogos 2014 - Peter didakwa menerima wang berjumlah RM2 juta iaitu hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Budiman Juta Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun milik Asli Jati Engineering Sdn Bhd iaitu syarikat milik beliau di Malayan Banking Berhad, Lot 6 & 7, Jalan Perpaduan, Kampung Air. Kota Kinabalu


Malayan Banking Berhad, Jalan Perpaduan, Kampung Air. Kota Kinabalu

 

Dalam satu lagi pertuduhan, Peter mengaku tidak bersalah pada 18 Jun 2020 atas dakwaan bersubahat dengan peguam Persius Henry Bolutong @ Michael Persius Ubu menggelapkan RM15,545,400 berhubung urus niaga tanah yang dikaitkan dengan RISDA di antara 2014 dan 2015.

Wang berkenaan dikatakan 10 peratus daripada hasil jualan tanah ladang kelapa sawit berkeluasan 2,739.19 hektar (6,768.688 ekar) di Sungai Pinangah dan Sungai Labau dalam daerah Tongod.

Pertuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca mengikut Seksyen 409 kanun yang sama itu menetapkan hukuman penjara di antara dua hingga 20 tahun dan dengan sebat selain boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Apa jadi kes Michael P Ubu?

Apa jadi kepada kes Michael Ubu selepas ini? apakah beliau akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara untuk lepas bebas juga? Tidak lojik Peter bebas tetapi Michael P Ubu terus didakwa. 

Banyak masa terbuang. Michael P Ubu melarikan diri keluar negara selama lebih 2 tahun sehingga kembali ke Sabah sebelum ditangkap SPRM dan didakwa.

Jika Peter bebas dan mahu mendakwa Shafie Apdal dan dipersetujui oleh SPRM dan Peguam Negara tidak mengapa ia tidak menutup kes RISDA. Ia boleh dianggap strategi. Namun jika pembebasan Peter semata-mata nampaknya inilah tujuan Peter keluar Warisan supaya bebas kes.

Penubuhan parti KDM hanya wayang dan tidak mustahil Peter akan kembali kepada big bos lamanya Shafie Apdal.  Ini merugikan Kerajaan Sabah kerana ia sepatutnya dibuat selepas PRU-15.

 Siapa Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah SPRM? kita akan dedah dalam PART 2. Mengapa Haresh Prakash mengambil jalan mudah? Kita akan perincikan nanti.

 

2 Comments