Rafizi seru jangan terpedaya helah 'Malaya' tapi rakyat tidak lupa 'kencing' PH, Warisan di Sabah
13:09 Sep 18, 2022  |  By SabahKini2
Rafizi seru jangan terpedaya helah 'Malaya' tapi rakyat tidak lupa 'kencing' PH, Warisan di Sabah

Rafizi menyeru rakyat Sabah, Sarawak tidak terpengaruh politik 'Malaya' yang sempit. Namun dia lupa betapa PH dan Warisan mengencing rakyat Sabah 22 bulan sebelum ini. Janji dicapati malah pemimpin rasuah seperti Shafie Apdal peguam negara gugurkan kes.

Rafizi penghasut kembali. Kali ini beliau menyeru Rakyat Sabah dan Sarawak tidak termasuk dalam perangkap politik semenanjung yang sempit mengadu domba untuk melawan Semenanjung  khususnya membabitkan pengagihan kekayaan negara.

Sebagaimana PH dan Warisan berkuasa dulu mereka merembat hasil Sabah mengencingkan rakyat Sabah untuk beri autonomi sendiri, hasil 40 peratus yang dikutip ‘Malaya’, royalty minyak 20% hinggalah janji MA63 yang PH capati. Malah pencapaian ekonomi zaman Warisan paling teruk walaupun sebelum pandemik covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN - PH tidak dapat tunai janji beri 40 peratus hasil pendapatan negeri Sabah- Guan Eng

ARTIKEL BERKAITAN - Bila berkuasa ‘kencing’ rakyat, semakan kehakiman MA63 40% hasil Sabah belum selesai tapi semua berlagak hero

ARTIKEL BERKAITAN - Lupa Warisan-PH paling teruk, kini Guan Eng mengencing di Sabah lagi ]

Ya rakyat Sabah sudah merasai kekencingan PH dan Warisan. PH beri alasan rasuah maka projek paip dan Pan Borneo di Sabah Sarawak mereka tamatkan sehingga projek itu tergendala sepatutnya siap dan rakyat Sabah lebih selesa.Tapi Lim Guan Eng, PH dan Shafie Warisan bersekongkol melakukannya. Kesannya sekarang projek Pan Borneo itu terpaksa melalui peruntukan Projek Pembangunan yang lambat berbanding sebelum ini melalui PDP Pan Borneo. 

Di Sarawak penghujung tahun 2019 rakyat Sarawak  tak lupa  tentang penghinaan Lim Guan Eng Menteri Kewangan PH itu kononnya Kerajaan Negeri Sarawak masih berhutang lebih daripada RM2.5 bilion kepada kerajaan Persekutuan dengan tunggakan hutang hampir RM50 juta. Oleh kerana Sarawak mempunyai rizab yang begitu besar bayarlah hutang dahulu kepada kerajaan Persekutuan. Sarawak membayar hutang itu dan PRN Sarawak, GPS hampir menguburkan PH, DAP dan OKR tanpa nisan. Mereka kalah teruk!.GPS menang 76 kerusi berbanding DAP hanya dua kerusi.

Nampaknya Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli lupa sambil dia menuduh pemimpin BN rasuah mereka lupa apa dilakukan kepada Sabah Sarawak ketika berkuasa. Mana Rafizi ketika rakan-rakan PHnya melakukan rasuah?

Di Malaysia Timur, kata Rafizi golongan yang mengaut kekayaan daripada amanah kuasa ini juga ‘sama naik’ dengan mengambil kesempatan menuding jari kepada ‘Semenanjung’ sebagai punca kepada segala masalah di Sabah dan Sarawak.

“Itu jalan mudah untuk menutup kesilapan dan pecah amanah mereka dengan berselindung di sebalik sentimen kewilayahan yang memecah-belah persaudaraan rakyat,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Malaysia.

Sejak bila rakyat di Sabah dan Sarawak mendapat hasil yang adil? Selagi beberapa tuntutan penting dalam MA63 tidak ditunaikan khususnya pembahagian hasil 40 peratus hasil negeri. Dulu PH – Warisan mengkritik kerajaan BN. Namun selepas mereka berkuasa 22 bulan apa PH lakukan? Mereka mengencing rakyat Sabah.

Wal hal mereka lupa Sabah dan Sarawak memberi lebih 35% hasil buminya kepada Kerajaan Persekutuan.

Ya masalah kemiskinan di Sabah dan Sarawak bukan kerana soal agihan peruntukan kerajaan persekutuan semata-mata tetapi pemberian hasil dan peruntukan kepada Sabah Sarawak sangat tidak setimpal dan boleh memajukan keseluruhan daerah negeri di Negeri Sabah. Kemajuan dan projek pembangunan lebih banyak berpusat di Kota Kinabalu namun tidak mencukupi di daerah lain.

Lantaran itu tidak hairanlah projek pembangunan infrastruktur jalan, bekalan air dan elektrik terus tidak mencukupi. Jika tiada bekalan air, api mencukupi di sesebuah daerah mana mungkin pelabur asing sanggup datang ke Sabah membuat pelaburan bagi membina kilang-kilang untuk memberi pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Cukupkah peruntukan kepada Sabah dan Sarawak jika kira-kira RM5 bilion setiap tahun untuk Belanjawan Negara? Sabah perlu lebih dari itu untuk projek pembangunan negeri memandangkan kawasan yang lebih besar berbanding di negeri lain.

Menurut Rafizi  “Mana-mana sang penguasa di Sabah, Sarawak (dan rakan kongsi mereka di Semenanjung) yang makan rasuah dan pecah amanah (termasuk ahli politik dan penjawat awam) mesti diperangi dan dihukum.”

Tapi ketika PH -Warisan berkuasa mereka menutup kes rasuah RM1.5b Shafie Apdal Presiden Warisan yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebagai kes  ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA) dan ‘kes untuk simpan’ (KUS) kerana bukti tidak mencukupi,” Sedangkan duit rakyat hilang 

ARTIKEL BERKAITAN- Tutup kes Rasuah Shafie: Kerjasama memalukan Peguam Negara, Menteri Warisan dan SPRM

Tutup kes Rasuah Shafie: Kerjasama memalukan Peguam Negara, Menteri Warisan dan SPRM

Hanya selepas Perikatan Nasional mengambil alih maka kes curi duit RISDA, Datuk Peter kroni Shafie Apdal didakwa di mahkamah dan kes tipu dokumen UMS (sokongan surat Shafie) berjaya sabit kesalahan.

Dan kini 16 September 2022 baru Rafizi sedar demi politik menyeru ‘Malaya’ melayan Sabah Sarawak yang sebelum ini tidak adil dilayan sebagai sebuah negeri!. Jadi di mana PH dan Rafizi sebelum ini? Kerana PRU-15 dan kerusi Sabah Sarawak bakal jadi penentu maka PH mahu menawan hati Sabah Sarawak.

Cukuplah Rakyat Sabah dan Sarawak dah terkena kencing PH yang masih berbau sejak 22 bulan dulu. Rakyat Sabah Sarawak sedar PH tak boleh berbuat apa melainkan Sabah Sarawak ditadbir sendiri oleh Sabah Sarawak tanpa bergantung harap kepada ‘Malaya’. Cara sekarang lebih baik biar jadi penentu bukan ‘balaci’ Malaya!.

Sabah dan Sarawak telah nampak jalan yang betul untuk memimpin negeri termasuk melawan di mahkamah bagi mendapatkan hak pelaksanaan Cukai Jualan hasil petroleum yang jelas menambah pendapatan negeri. Sarawak mendapat RM8 bilion dari hasil produk petroleum. Sabah pula mengutip pendapatan tertinggi hasil kerajaan sehingga mencatat kutipan hasil tertinggi RM5.449 bilion. Bayangkan jika Sabah dan Sarawak mendapat pula pembahagian 40% cukai yang dikutip dari hasil negeri tentu lebih banyak berbanding menunggu peruntukan tahunan dalam setiap Belanjawan. 

Lantaran itu Sabah dan Sarawak terus kekal menuntut hak MA63 ini dalam Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Putrajaya termasuk termasuk menuntut mengembalikan 35 peratus kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.

“Pada 1963, Sabah mempunyai 16 kerusi Parlimen, diikuti Sarawak (24) dan Singapura (15), jumlahnya mewakili 35 peratus daripada keseluruhan 159 kerusi Parlimen, manakala baki 65 peratus atau 104 kerusi Parlimen adalah di Malaya (Semenanjung).

“Malaya ketika itu tidak memiliki majoriti dua pertiga. Jadi, apabila Singapura keluar Malaysia pada 1965, kerusi miliknya sepatutnya diberi kepada Sabah dan Sarawak bagi mengekalkan kedudukan 35 peratus itu,” Kata Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

 By Awang Batatar

 

11 Comments