(VIDEO) Shafie Warisan hina bangsa cina anggap binatang 'Satu Ekor Cina'
20:11 Nov 16, 2022  |  By SabahKini2
(VIDEO) Shafie Warisan hina bangsa cina anggap binatang 'Satu Ekor Cina'

Dulu terlalu 'Sempornarian'. Kini Shafie Apdal menghina bangsa cina 'Satu Ekor Cina' dalam ceramahnya. Sekalipun minta maaf namun terlambat kerana ia jelas mengguris perasaan kaum cina. Sampai begitu sekali Shafie sakit hati menyebut 'Satu Ekor Cina'.

'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Gara-gara emosi dan menyemat kebencian kepada Hajiji dan GRS Shafie Apdal terluah perkataan kasar ‘Satu Ekor Cina’ yang mengguris perasaan kaum cina di Sabah.

Mungkin sebelum ini pemimpin cina DAP seperti Frankie Phoon (Pengerusi DAP Sabah), Chan Foong Hin (KK) dan terbaru Christina Liew yang menyelar sikap Shafie Apdal sebagai pembohong juga mengundang kemarahannya.

Shafie dalam kempennya membidas Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dengan mengatakan bahawa "satu ekor Cina pun tiada jadi menteri dan pembantu" walaupun menjadi sebuah gabungan politik. Sekalipun Shafie sedar calon GRS yang bertanding dalam PRN 2020 lalu tidak seorang pun memenangi pilihanraya.

Namun beberapa wakil Cina juga dilantik sebagai Adun lantikan seperti Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee yang juga berfungsi di dalam sidang Dun selain beberapa jawatan kanan dalam GLC.

Perkataan ‘Satu Ekor Cina’ yang digunakan Shafie sangat kasar dan menunjukkan emosi beliau bahawa selama ini Shafie Apdal dan Warisan hanya berpura-pura menyokong cina wal hal hakikatnya beliau hanya melihat kaum cina sebagai seekor binatang saja.

Permohonan maaf Shafie Apdal Presiden Warisan itu hanya mengesahkan bahawa itulah sikap Shafie Apdal dan beliau mengaku emosi.

“Saya minta maaf, saya agak emosi.

".. Saya konsisten dalam memperjuangkan semua kaum tidak kira sama ada mereka Cina, India, Iban, Murut, Kadazan dan kaum lain," katanya dalam satu video tular permohonan maaf itu.

Permohonan maaf itu disampaikan semasa kempen di Kemabong di Tenom, Sabah. Video penghinaan ‘Satu Ekor Cina’ itu tular selepas ceramah Shafie Apdal dua hari lalu di Putatan. Hanya sedar tular Shafie memohon maaf.

Sebagai seorang pemimpin, sikap Shafie yang memburuk-burukkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji dan GRS sangat tidak bagus mencerminkan keperibadiannya.  

Mengapa Shafie Apdal terlaku sakit hati kepada Hajiji, GRS dan SMJ. Sejak dari awal Kerajaan GRS-BN Shafie nampak sakit hati kepada Hajiji. Apakah jika Hajiji melantik kaum cina dalam kerajaan sebagai adun dan GLC maka mereka boleh dipanggil 'beberapa ekor cina'?

[ARTIKEL BERKAITAN-  Shafie sakit hati dengan Hajiji, SMJ, lupa Warisan-PH catat ekonomi Sabah paling buruk!]

Shafie sakit hati dengan Hajiji, SMJ,  lupa Warisan-PH catat ekonomi Sabah paling buruk!


Shafie Warisan terkenal pro bangsa ‘Bajau Semporna’

Kepimpinan Warisan di bawah Shafie sejak dulu masih mengekal gaya kepimpinan 'Sempornarian' first.

Dalam kempen Shafie dan pemimpin Warisan jika mereka berkempen di tempat suku kaum suluk dan Bajau Semporna seruan kepada bangsa sendiri sangat kuat. Pendedahan kempen Shafie Apdal mengaku melantik ‘Sempornarian’ dalam jabatan, agensi dan GLC dalam PRN Sabah 2020 telah menyebabkan kekalahan Warisan di Kawasan pedalaman dan Kawasan KDM. 

 

Azis Jamman

Malah ketika Warisan tidak berkuasa lagi, Shafie terus mencampuri urusan pemilihan bahagian di Sabah untuk memenangkan kaum, keluarga dan saudara maranya di bahagian.

ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, 'orang semporna' dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa?

ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Gaya kepimpinan 'Sempornarian' Shafie kekalkan hadapi PRU15 ]

 

 

 

23 Comments